Utusan Borneo (Sabah)

Polis lupus 6,185 peralatan judi

Dianggarka­n bernilai lebih RM1.2 juta

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu melupuskan sejumlah 6,185 unit peralatan judi pelbagai jenis yang diamggarka­n bernilai RM1,121,600.

Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Zaini Jass berkata kesemua barangan kes yang akan dilupuskan membabitka­n 141 kertas siasatan kes perjudian yang sudah selesai dan mendapat arahan pelupusan daripada pihak mahkamah.

“Barangan kes yang akan dilupuskan ini juga adalah membabitka­n rampasan yang dibuat pihak IPD Kota Kinabalu mulai 2002 sehingga 2015.

“Selain barangan elektronik serta elektrik, kita turut melupuskan sejumlah 540 kerusi dan wang tunai sebanyak RM29,779 yang akan dimasukkan ke dalam

“Barangan kes yang akan dilupuskan ini juga adalah membabitka­n rampasan yang dibuat pihak IPD Kota Kinabalu mulai 2002 sehingga 2015. Selain barangan elektronik serta elektrik, kita turut melupuskan sejumlah 540 kerusi dan wang tunai sebanyak RM29,779 yang akan dimasukkan ke dalam Jabatan Hasil Negara ”

DATUK ZAINI JASS Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sabah

Jabatan Hasil Negara,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas Majlis Pelupusan Barang Kes di Stor Barang Kes Berpusat Kepayan di sini pada Rabu.

Zaini berkata pelupusan barangan kes melalui kaedah e-Waste yang dikategori­kan sebagai bahan buangan terjadual adalah pelupusan fasa kedua selepas Oktober yang membabitka­n sebanyak 1,380 unit peralatan elektronik judi siber pelbagai jenis.

“Pelupusan kali kedua membabitka­n beberapa barangan termasuk 1,417 unit monitor, 1,402 CPU, 46 mesin judi, 1,355 papan kekunci, 1,356 tetikus, mesin pencetak, modem, pembesar suara dan lain-lain barangan.

“Kontinjen Sabah menyokong penuh pelupusan barangan secara e-Waste memandangk­an kaedah ini lebih selamat, mesra alam serta mencegah pencemaran logam berat yang memberi kesan kepada kesihatan manusia dan alam sekitar bagi jangka masa panjang,” katanya.

 ??  ?? ZAINI menyempurn­akan gimik pelupusan barangan kes sebelum dihantar ke pusat pelupusan yang dijadualka­n.
ZAINI menyempurn­akan gimik pelupusan barangan kes sebelum dihantar ke pusat pelupusan yang dijadualka­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia