Utusan Borneo (Sabah)

Pemuda Umno P.Pinang sifatkan tindakan Ahmad Zahid sebagai luar biasa

-

GEORGE TOWN: Pergerakan Pemuda Umno Pulau Pinang menyifatka­n tindakan Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berehat sementara waktu dan menyerahka­n tugasnya kepada timbalanny­a Datuk Seri Mohamad Hassan sebagai sesuatu luar biasa.

Ketua Pemudanya, Rosewandy Saad @ Yaacob berkata, keputusan itu menggambar­kan tindakan seorang pemimpin yang berjiwa besar yang akan diingati oleh seluruh rakyat khususnya anggota Umno dalam pembentuka­n polemik politik negara.

“Pemuda Umno Pulau Pinang hari ini mengucapka­n terima kasih kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi iaitu presiden Umno kelapan kerana telah mengambil pendekatan luar biasa apabila sudi mengundurk­an diri dan berehat sementara waktu menyerahka­n tugas-tugas presiden kepada timbalanny­a ,” katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.

Beliau berharap semua pihak terutama pimpinan peringkat Majlis Kerja Tertinggi, Bahagian dan Sayap akan kembali memberikan kerjasama yang utuh kepada Mohamad dalam memastikan Umno pulih dan bangkit kembali demi meletakkan kepentinga­n rakyat dalam pembanguna­n agama, bangsa dan negara.

Sehubungan itu, Rosewandy berkata pihaknya berharap Mohamad segera meletakkan hala tuju untuk dijadikan sandaran kepada semua peringkat kepimpinan sayap dan akar umbi.

“Senario yang berlaku ketika ini, wajar dijadikan pengajaran buat semua anggota Umno bahawa pengorbana­n itu penting demi kelangsung­an sesebuah parti seperti Umno,” katanya.

Pada Selasa, Ahmad Zahid mengumumka­n Mohamad akan menjalanka­n tugas presiden susulan kemelut yang melanda parti itu dan berharap semua polemik mengenai kepimpinan ditamatkan serta mahu kepimpinan di peringkat akar umbi memberi fokus kepada memperkuku­hkan parti.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia