Utusan Borneo (Sabah)

K’jaan Terengganu siasat aduan salah laku di GLC

-

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri Terengganu kini menjalanka­n siasatan ke atas beberapa pegawai di sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri berikutan timbulnya aduan salah laku.

Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata setakat ini siasatan dilakukan di peringkat dalaman tanpa melibatkan polis atau Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tanpa mendedahka­n siapa dan jumlah pegawai terlibat, beliau berkata tindakan itu adalah keputusan yang dicapai hasil perbincang­an antara anggota lembaga pengarah dan berjanji akan memastikan ianya adil dan telus.

“Siasatan dalaman sudah dimulakan sehari dua ini dan kita tidak beri tempoh masa bagi memastikan ia dilaksanak­an dengan adil, telus dan tidak menganiaya mana- mana pihak.

“Oleh kerana siasatan sedang dilakukan, saya tidak akan memberi maklumat terperinci mengenai siapa yang sedang disiasat dan kenapa kerana ia adalah persoalan yang ‘premature’ pada tahap ini,” katanya kepada pemberita di sini malam Selasa.

Tambahnya, siasatan itu adalah proses biasa dalam sesebuah organisasi yang dijalankan mengikut Prosedur Standard Operasi (SOP) apabila menerim aduan mengenai kesalahan etika atau tatacara bagi mengelak kerugian berterusan terhadap syarikat.

Sebelum ini, tular dalam laman sosial apabila pintu bilik seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) di syarikat itu dikunci dengan rantai besi sejak Jumaat lepas bagi menghalang beliau masuk ke pejabatnya.

Mengulas lanjut, Ahmad Samsuri berkata tindakan mengunci pintu berkenaan hanyalah satu kaedah dan masih mengikut SOP bagi menghalang individu tertentu supaya tidak berada di premis ketika siasatan sedang dijalankan.

Namun operasi syarikat itu masih diteruskan dan tugas pengurusan diambil alih oleh pemangku CEO dan kumpulan pengurusan sedia ada.

“Kita bukan menjalanka­n siasatan berdasarka­n untung rugi kerana itu adalah perkara biasa dalam sesebuah perniagaan. Apa yang penting ialah berlaku ‘good governance’, etika pengurusan dan tidak berlaku penyelewen­gan dalam organisasi,” katanya.Bernama

 ??  ?? KUNJUNGAN: Pertubuhan Gagasan Ekonomi Bumiputera Sabah (PGEBS) diketuai Presidenny­a Jismit Jipong, melakukan kunjungan hormat ke atas Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (Fama) Sabah Ribin Wahid di Kota Kinabalu.
Turut serta rombongan itu ialah Ketua Bahagian PGEBS Tuaran Hendry Luaran, Setiausaha PGEBS Tuaran Iros Jani dan beberapa jawatankua­sa pertubuhan pusat.
Hendry berkata, kunjungan hormat itu bertujuan mewujudkan kerjasama antara PGEBS dan Fama, selain mengenal pasti peluang disediakan agensi kerajaan itu yang boleh dimanfaatk­an ahli pertubuhan. Oleh KENNEDDY CORLLEUS
KUNJUNGAN: Pertubuhan Gagasan Ekonomi Bumiputera Sabah (PGEBS) diketuai Presidenny­a Jismit Jipong, melakukan kunjungan hormat ke atas Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (Fama) Sabah Ribin Wahid di Kota Kinabalu. Turut serta rombongan itu ialah Ketua Bahagian PGEBS Tuaran Hendry Luaran, Setiausaha PGEBS Tuaran Iros Jani dan beberapa jawatankua­sa pertubuhan pusat. Hendry berkata, kunjungan hormat itu bertujuan mewujudkan kerjasama antara PGEBS dan Fama, selain mengenal pasti peluang disediakan agensi kerajaan itu yang boleh dimanfaatk­an ahli pertubuhan. Oleh KENNEDDY CORLLEUS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia