Utusan Borneo (Sabah)

Pasangan warga emas gembira dapat rumah baharu

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

KEMABONG: Sambutan Krismas tahun ini bagi pasangan suami isteri warga emas Aki Ukab Ampulas dan Aru Hanit dari Kampung Bakuku di sini lebih bermakna selepas menerima rumah baharu menggantik­an kediaman lama mereka yang sudah usang di bawah program PPRT.

Jika sebelum ini mereka terpaksa berlindung di sebuah rumah yang agak usang, situasi itu berubah sepenuhnya dengan rumah baharu yang lebih selesa dilengkapi tiga bilik, dapur, tandas dan kamar mandi.

Aki Ukab ketika ditemui menzahirka­n rasa syukur kerana impiannya untuk mendapatka­n rumah baharu yang lebih selesa tercapai sekali gus menamatkan kebimbanga­nnya selama ini yang terpaksa tinggal di sebuah rumah yang agak uzur.

“Saya berterima kasih kepada kerajaan terutamany­a usaha serta kesungguha­n wakil rakyat kami Jamawi Jaafar yang bersungguh membantu kami mendapatka­n rumah baharu ini,

“Saya dan isteri yang berstatus warga emas dan tidak berkemampu­an, langsung tidak ada perancanga­n untuk membina rumah baharu kerana ia memerlukan kos yang tinggi,” katanya.

Bagi isterinya Aru Hanit, jasa serta pengorbana­n Jamawi yang sanggup turun padang dan berziarah kediamanny­a sebelum ini menggambar­kan beliau ikhlas dan komited membantu mereka.

“Beliau (Jamawi) adalah seorang pemimpin yang benar benar berjiwa rakyat sanggup turun padang dan membantu kami mendapatka­n kediaman yang lebih sempurna,” katanya.

Menurut Jamawi, pasangan terbabit wajar diberikan keutamaan untuk dibantu selain mereka adalah warga emas mereka juga mengalami masalah kesihatan di mana kedua-duanya rabun penglihata­n.

“Saya berterima kasih kepada kerajaan khususnya Menteri Pembanguna­n Luar Bandar dan Wilayah Datuk Sri Rina Harun yang telah meluluskan peruntukan untuk melaksanak­an projek ini bersama empat lagi pemohon lain di DUN Kemabong,” katanya.

Katanya rumah pasangan itu berjaya disiapkan lebih awal daripada tarikh yang ditetapkan dan berharap ia akan memberikan keselesaan kepada pasangan warga emas itu tinggal di rumah baharu bagi menyembut sambutan Krismas tahun ini.

Mengulas permohonan projek PPRT yang lain di kawasan itu, Jamawi berkata ia akan terus disusuli keutamaan akan diberikan kepada kes seperti pasangan warga emas berkenaan.

“Saya harap pemohon lain bersabar sementara menunggu kelulusan daripada kerajaan, kita akan terus usahakan mengikut keutamaan,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Jamawi berkata pasangan warga emas itu akan terus dipantau dari aspek kebajikan mereka, termasukla­h bantuan daripada jabatan kebajikan untuk membantu meringanka­n beban mereka menghadapi kehidupan.

 ??  ?? JAMAWI (tengah) bersama pasangan warga emas Aki Ukab dan Aru Hanit terharu melihat rumah baharu yang telahpun siap sepenuhnya.
JAMAWI (tengah) bersama pasangan warga emas Aki Ukab dan Aru Hanit terharu melihat rumah baharu yang telahpun siap sepenuhnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia