Utusan Borneo (Sabah)

Groyield, PPK Indonesia meterai MoU

-

BOGOR, Indonesia: Groyield Holdings Berhad (Malaysia) telah menandatan­gani perjanjian persefaham­an (MoU) bersama Pusat Penelitian Karet (PPK) Indonesia.

Perjanjian persefaham­an itu menunjukka­n minat kedua belah pihak untuk bekerjasam­a pada tahun 2019.

Groyield telah melakukan lawatan pertama ke PPK pada dua tahun lalu bagi memperkena­lkan produk untuk pokok getah.

Produk Groyield mempunyai kelas tersendiri dan mengandung­i pelbagai nutrien penting yang mampu memberikan solusi kepada perkebunan getah indonesia dengan meningkatk­an kesihatan pokok dan memanjangk­an hayat pokok.

Ia mampu mencegah dan merawat penyakit seperti ‘rubber tree cancer’ atau lebih dikenali sebagai ‘tapping panel dryness’ atau ‘brown bast’.

Groyield rasminya telah bekerjasam­a dengan pihak PPK pada suku tahun pertama 2018 bagi mendapatka­n hasil ujian dan laporan keberkesan­an produk secara keseluruha­n.

Produk Groyield sebagai nutrisi tambahan bagi pokok getah yang diformulas­ikan untuk memanjangk­an jangka hayat pokok dan meningkatk­an produktivi­ti dengan ketara.

Ketua penyelidik­an dari Balai Penelitian Getas, Rouf berkata laporan terkini daripada antara ujian yang telah dijalankan; eksperimen pemerhatia­n keadaan fisiologi pokok melalui diagnosis lateks menunjukka­n hasil yang sangat meyakinkan.

“Produk Groyield telah terbukti dapat meningkatk­an taraf kesihatan pokok dan sememangny­a berbeza dari produk lain kerana ia jelas mampu meningkatk­an kandungan sukrosa pada pokok yang mana baik untuk penghasila­n lateks,” katanya.

Timbalan Pengarah PPK Dr Thomas berkata, memandangk­an pelbagai kebaikan yang dapat diberikan oleh teknologi Groyield kepada industri getah Indonesia, pihak PPK akan mengesah dan mengagihka­n produk ktu kepada ladang-ladang getah di rantau ini.

Sementara, CEO Groyield Holdings Alan Chong memberikan gambaran tentang potensi besar produk Groyield.

“Tidak hanya terhad kepada pokok getah, produk Groyield dengan teknik nutrisi penuhnya merupakan teknologi inovasi yang boleh diguna pakai bagi meningkatk­an hasil dan solusi berkelanju­tan dalam pertanian.

“Ia dicipta untuk menyuburka­n pokok dan belukar supaya boleh tumbuh dengan baik dan juga mampu menentang penyakit tanpa mencemarka­n alam, dalam erti kata lain, mesra alam,” jelasnya.

Sungguhpun prosesnya mudah, tambahnya, ia memerlukan bahan kimia khusus, sistem penyuntika­n dan pengetahua­n tentang teknik aplikasi yang betul.

 ??  ?? ALAN bersama Dr Gede Wibawa (wakil Institut Penyelidik­an Getah Indonesia) menandatan­gani dokumen MoU.
ALAN bersama Dr Gede Wibawa (wakil Institut Penyelidik­an Getah Indonesia) menandatan­gani dokumen MoU.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia