Utusan Borneo (Sabah)

KESUWA jayakan Program Belia UMS dan Komuniti V.3

Dekatkan mahasiswa dengan komuniti

-

KOTA BELUD: Kelab Sukarelawa­n Siswa (KESUWA), Universiti Malaysia Sabah (UMS) menjayakan Program Belia UMS dan Komuniti V. 3 yang diadakan pada 14 hingga 16 Disember 2018 di sini.

Program itu melibatkan seramai 39 orang sukarelawa­n U M S yang diketuai oleh R a biat u l Adawwiyah Abdul Halim selaku Pengarah Program.

Program ini adalah kesinambun­gan daripada UMS dan Komuniti V.1 dan V.2 yang telah dijalankan di sekitar daerah di negeri Sabah.

Daerah Kota Belud menjadi pilihan program UMS dan komuniti V.3. Dua buah kampung yang terpilih untuk menjalanka­n aktiviti sukarelawa­n ini adalah Kampung Jawi-Jawi dan Kampung Taun Gusi Batu 4.

Program sukarelawa­n di bawah Kelab Sukarelawa­n Siswa (KESUWA) UMS ini lebih memberikan fokus kepada komuniti yang mana berdasarka­n kepada konsep sukarelawa­n itu sendiri iaitu pengabdian kepada masyarakat.

Selain itu, program ini berkonsepk­an ‘Host Family’ di mana sukarelawa­n akan diserahkan kepada ‘Host Family’.

Tujuan program ini dibuat adalah untuk mendekatka­n mahasiswa UMS kepada komuniti serta melahirkan lebih ramai pemimpin sukarelawa­n di UMS.

Di samping itu, program Belia UMS dan Komuniti ini terbahagi kepada beberapa kluster yang meliputi kluster pendidikan, kesihatan, Agribio, ICT dan keusahawan­an, cluster komuniti dan kluster krisis dan bencana untuk memenuhi aspek-aspek kesukarela­wanan.

Setiap daripada kluster adalah perlu untuk memastikan setiap aktiviti yang dijalankan mampu memberikan impak bukan sahaja kepada sukarelawa­n tetapi juga kepada komuniti itu sendiri.

Hal ini perlu bagi memastikan kemampanan sesuatu kluster tersebut dan bagaimana untuk memastikan bahawa sesuatu yang kita sumbangkan memberi impak serta manfaat kepada masyarakat.

Pelbagai aktiviti berpanduka­n setiap kluster telah dijalankan antaranya, pemeriksaa­n kesihatan, program derma darah, pameran kesihatan, ceramah kesihatan mental, ‘Fun Learning’, aktiviti gotongroyo­ng membersihk­an kawasan kampung, masjid dan balairaya, menanam pokok di sekitar kawasan kampung, membuat mural dan membersihk­an kawasan tabika, membuat tong sampah menggunaka­n botol plastik terpakai serta aktiviti sukan rakyat.

Selain itu, aktiviti malam kebudayaan juga turut diadakan bersama penduduk kampung di mana pelbagai budaya dan adat yang dipersemba­hkan.

Antaranya ialah adat majlis perkahwina­n kaum Bajau, adat bertitik (bermain alat muzik tradisiona­l), persembaha­n tarian masyarakat Bajau, cara-cara membuat kuih penyaram iaitu makanan tradisiona­l masyarakat Bajau dan didendangk­an dengan nyanyian lagu tradisiona­l Bajau oleh penyanyi di kampung itu.

Aktiviti itu diadakan khusus untuk mengeratka­n hubungan silaturahi­m bersama penduduk kampong sekaligus mempelajar­i adat dan kebudayaan masyarakat kampung di situ.

Majlis perasmian penutupan telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Cabang PKR Kota Belud Panil Kota, dihadiri oleh Mohd Jamal bin Atong sebagai wakil TNC HEPA UMS merangkap Penyelaras KESUWA, Roslan Yosut wakil Kampung JawiJawi danTaun Gusi Batu 4, Rabiatul Adawwiyah Abdul Halim, Pengarah Program Belia UMS dan Komuniti V. 3 serta para penduduk kampung.

 ??  ?? SUKARELAWA­N terlibat merakam gambar kenangan bersama Panil Kota dan penduduk kampung.
SUKARELAWA­N terlibat merakam gambar kenangan bersama Panil Kota dan penduduk kampung.
 ??  ?? SUKARELAWA­N bersama-sama penduduk kampung membersihk­an kawasan perkaranga­n masjid Kampung Taun Gusi Batu 4.
SUKARELAWA­N bersama-sama penduduk kampung membersihk­an kawasan perkaranga­n masjid Kampung Taun Gusi Batu 4.
 ??  ?? MAJLIS adat perkahwina­n masyarakat Bajau Kota Belud sempena Malam Kebudayaan di Kampung Jawi-Jawi.
MAJLIS adat perkahwina­n masyarakat Bajau Kota Belud sempena Malam Kebudayaan di Kampung Jawi-Jawi.
 ??  ?? DARI KAMPUS
DARI KAMPUS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia