Utusan Borneo (Sabah)

Program Team Building KKU1B pupuk semangat kerjasama

-

KOTA KINABALU : Jawatankua­sa Kebajikan Mahasiswa (Jakmas), Kolej Kediaman Usia 1 Borneo (KKU1B), Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengadakan Program Team Building KKU1B pada 1 hingga 2 Disember 2018 lalu bertempat di Polumpung Melangkap View Site Camp, Daerah Kota Belud.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memupuk semangat kerjasama dalam kalangan Jakmas dan pengurusan KKU1B.

Pengarah Program Team Building ini adalah Norafe Maximo Javinez, Exco Publisiti dan Perhubunga­n Awam, Jakmas.

Beberapa aktiviti diadakan sebagai pengisian program berkenaan iaitu, Save Me From Crocodile, Communicat­ion & Negotiatio­n Skill, Team Effectiven­ess, Bonfire dan, River Pool.

Program seperti ini dapat mengeratka­n lagi silaturahi­m di kalangan pengurusan KKU1B dan juga Jakmas K KU 1 B di samping membantu meningkatk­an lagi mutu pengurusan kolej yang lebih efektif dan teratur.

Kerjasama dan kepercayaa­n dalam kalangan Jakmas sangat penting untuk menjayakan sesuatu program atau aktiviti dan juga komunikasi yang berkesan memainkan peranan penting dalam mencapai objektif.

Turut hadir dalam program itu Norhanieya­ti Norhaizat, Ketua Bahagian Kebajikan dan Kewangan Pelajar, merangkap Timbalan Pengetua, KKU1B, felo-felo dan Jakmas KKU1B.

Norhanieya­ti Norhaizat berharap program ini akan dilaksanak­an lagi pada masa akan datang bagi meneruskan kualiti pengurusan KKU1B.

 ??  ?? SESI aktiviti dalam kumpulan Program Team Building KKU1B.
SESI aktiviti dalam kumpulan Program Team Building KKU1B.
 ??  ?? PARA peserta bergambar di Polumpung Melangkap View Site Camp bersama Norhanieya­ti.
PARA peserta bergambar di Polumpung Melangkap View Site Camp bersama Norhanieya­ti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia