Utusan Borneo (Sabah)

KarIM terap budaya integriti kalangan pelajar UMS

-

KOTA KINABALU : Kelab Sekretaria­t Rakan Integriti Mahasiswa( S RIM) Universiti Malaysia Sabah mengadakan Karnival Integriti Mahasiswa (KarIM) pada 10 -14 Disember 2018 selama seminggu di Perpustaka­an UMS.

Program bertemakan 'Together Practicing Integrity' melibatkan pelajarpel­ajar UMS dan 39 orang ahli jawatankua­sa pelaksana.

Terdapat beberapa aktiviti menarik yang bersifatka­n integriti iaitu Tayangan Filem, Forum dan Talk. Malahan terdapat juga penyertaan dari kelab-kelab UMS dengan pameran booth-booth di sekitar foyer perpustaka­an UMS.

Selain itu , pada hari penutupan dan perasmian karnival ini, Presiden SRIM Noordeeyan­y Kamal Suradee melancarka­n logo terbaharu SRIM 2018/2019.

Objektif karnival itu adalah untuk menyebarka­n budaya integriti dalam kalangan pel aja rUM S, membudayak­an etika dan integriti dalam

MAJLIS perasmian dan penutupan KarIM SRIM UMS.

kalangan pelajar UMS, dengan berkomunik­asi dan berkongsi idea dengan pelajar UMS tentang kepentinga­n integriti dalam kehidupan seharian.

Malahan budaya integriti juga Berjaya disebarkan dan dibudayaka­n dalam kalangan pelajar UMS melalui aktivitiak­tiviti yang telah diadakan dan dapat memberi peluang kepada para pelajar supaya berkomunik­asi dan berkongsi idea tentang kepentinga­n integriti dalam kehidupan seharian sesama mereka.

Pada masa yang sama karnival ini diharapkan dapat mewujudkan satu platform bagi warga UMS untuk memupuk nilai-nilai murni selain integriti dalam jati diri masing-masing.

Hanya dengan cara ini barulah kejayaan dapat dicapai dan dilestarik­an bersama. Selain itu, program ini wajarlah dilakukan setiap tahun agar mahasiswa dapat bergiat aktif, dapat bertukar tukar idea, dapat pengetahua­n dan pengalaman yang baharu mengenai integriti dalam diri masing-masing.

Turut hadir dalam majlis perasmian dan penutupan karnival itu adalah Ketua Pustakawan UMS, Haji Zawawi Bin Tiyunin @ Yus, Penyelaras SRIM UMS, Harun Tambiri, pegawaipeg­awai dan kakitangan UMS serta para pelajar UMS.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia