Utusan Borneo (Sabah)

S’wak perlu sumber tenaga terlatih, kukuh: Abg Johari

Sedia lihat kemungkina­n jalin kerjasama dengan Australia bangun sumber manusia khususnya dalam latihan kemahiran

-

KUCHING: Sarawakmel­ihat kemungkina­n menjalinka­n kerjasama dengan Australia untuk membangunk­an sumber manusia di negeri ini khususnya dalam bidang latihan kemahiran.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata demikian semasa menyampaik­an ucapan ringkas pada sesi taklimat di Kangan Institute, Melbourne, Australia pada Selasa.

Kangan Institute antara penyedia latihan perantis terbesar di negeri Victoria dan mempunyai hubungan yang kukuh dalam pelbagai industri di Australia.

Abang Johari dan delegasi tiba di Melbourne awal pagi semalam dalam lawatan kerja selama lima hari ke ibu negeri Victoria itu.

Abang Johari berkata, Sarawak telah memulakan usaha membangunk­an pengangkut­an hijau yang sudah tentu memerlukan sumber tenaga terlatih dan kukuh bagi menyelengg­ara mod pengangkut­an awam baharu itu apabila ia dilaksanak­an nanti.

“Kita berminat dalam bidang ini,” katanya kepada pihak tuan rumah terdiri daripada Ketua Pegawai Eksekutif Kangan Trevor Schwenke, Pengarah Eksekutif Automotive Centre of Excellence Joe Ballato serta kakitangan.

Sementara itu, Schwenke berkata, institut itu bersedia membantu Sarawak berdasarka­n kepakaran dan pengalaman­nya serta berharap rundingan seterusnya akan diadakan bagi menentukan bagaimana pihaknya boleh membantu Sarawak dalam bidang latihan dan pendidikan lanjut (TAFE).

Abang Johari berkata, kerajaan Sarawak telah merangka program untuk membina sistem Transit Aliran Ringan (LRT) di Kuching dalam usaha membangunk­an sistem transit massa yang lebih cekap di bandar raya itu menggunaka­n bahan api hidrogen.

Beliau berkata, program LRT itu telah ditangguhk­an kerana kerajaan negeri mahu memberi keutamaan kepada pembanguna­n luar bandar Sarawak, namun wujud permintaan daripada orang ramai agar masalah kesesakan lalu lintas yang teruk di laluan Kota Samarahan-Kuching diselesaik­an.

“Kita juga berminat menjalinka­n kerjasama dengan Kangan Institute dalam bidang latihan pertanian pintar dan digital kerana Sarawak telah memulakan program transforma­si pertanian untuk menjadi pengeluar makanan,” katanya.

Selepas taklimat itu, Abang Johari bersama delegasi dibawa melawat fasilitifa­siliti yang terdapat di Kangan Institute.

Khamis ini, Abang Johari ditemani isteri Datin Patinggi Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang akan menerima anugerah Doktor Kehormat daripada Swinburne University of Technology sebagai pengiktira­fan kepada perkhidmat­an beliau yang lama dan cemerlang kepada Sarawak.

Lawatan beliau pada Selasake Kangan Institute merupakan sebahagian daripada jadual lawatan kerjanya ke Melbourne termasuk mengadakan mesyuarat dengan Dewan Perniagaan Victoria yang dijadualka­n pada Rabu.

“Kita juga berminat menjalinka­n kerjasama dengan Kangan Institute dalam bidang latihan pertanian pintar dan digital kerana Sarawak telah memulakan program transforma­si pertanian untuk menjadi makanan.” pengeluar

DATUK PATINGGI ABANG JOHARI TUN OPENG Ketua Menteri

 ??  ?? ABANG Johari (tiga kiri) mengetuai delegasi dari Sarawak mengadakan lawatan kerja ke Kangan Institute di Melbourne, Australia, semalam. Turut kelihatan (dari kiri) Abu Bakar, Fadillah, Dr Annuar (kanan) dan Abdul Aziz (dua kanan).
ABANG Johari (tiga kiri) mengetuai delegasi dari Sarawak mengadakan lawatan kerja ke Kangan Institute di Melbourne, Australia, semalam. Turut kelihatan (dari kiri) Abu Bakar, Fadillah, Dr Annuar (kanan) dan Abdul Aziz (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia