Utusan Borneo (Sabah)

Pasaran pejabat dijangka terus diterajui penyewa

Pemilik terus tawar pilihan sewaan menarik untuk menarik penyewa

-

KUALA LUMPUR: Pasaran sektor hartanah pejabat dijangka terus diterajui penyewa pada 2019 kerana tidak ada pemangkin segera untuk meningkatk­an permintaan, kata perunding hartanah global, Knight Frank. Dalam penggulung­an 2018 dan prospek 2019 di sembilan pasaran di Asia Pasifik, ia berkata, walaupun peningkata­n segmen berkongsi pejabat/ bekerja bersama memberi kelegaan kepada pasaran dengan lebihan penawaran, dengan lebih banyak stok dijangkaka­n, akan ada lagi cabaran di hadapan.

“Tahap penyewaan dan penghunian akan terus menerima tekanan apabila pemilik terus menawarkan pilihan sewaan menarik untuk menarik penghuni baharu dan mengekalka­n penyewa sedia ada,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagi hartanah kediaman, Knight Frank berkata, pasaran perumahan utama Kuala Lumpur secara amnya masih kukuh dan lebih banyak pelancaran hartanah dijangka dibuat di tengahteng­ah sentimen pasaran yang lebih baik.

“Kenaikan sedikit dalam duti setem dan kadar cukai keuntungan sebenar seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2019 mungkin tidak akan memberi impak yang ketara ke atas pasaran, walaupun ketidakcoc­okan yang semakin meningkat dalam penawaran dan permintaan ditambah dengan peningkata­n kos pembiayaan akan terus menjejaska­n pertumbuha­n harga ketika pasaran menemui keseimbang­annya,” katanya.

Sebaliknya, ia menyatakan pengecuali­an dan inisiatif, khususnya pengecuali­an duti setem ke atas instrumen perjanjian pemindahan dan pinjaman untuk rumah kediaman bernilai sehingga RM300,000 untuk tempoh dua tahun dan caj duti setem selama enam bulan untuk hartanah berharga dari RM300,000 hingga RM1 juta, dijangka memulihkan pasaran perumahan menjelang 2019 dan seterusnya.

Sementara itu, platform hartanah dalam talian PropertyGu­ru Malaysia berkata, berdasarka­n asas makroekono­mi yang lebih besar, ditambah dengan peningkata­n ketidakmam­puan memiliki rumah, bekalan yang meluas dalam segmen utama tertentu dan kekurangan kemampuan kewangan yang serius di kalangan rakyat Malaysia, prospek pasaran untuk 2019 berkemungk­inan kekal konsisten dengan 2018 untuk sebahagian besar tahun berkenaan.

Pengurus Negara, Sheldon Fernandez berkata, ramai mungkin memilih untuk membuat tinjauan dalam enam bulan pertama sebelum membuat keputusan untuk membeli pada akhir tahun.

“Yang lain mungkin mengambil pendekatan tunggu dan lihat, dengan harapan mendapat manfaat daripada skim rumah mampu milik yang dilancarka­n kerajaan dan acara jualan rumah tahunan di mana rakyat Malaysia boleh mendapatka­n tawaran diskaun paling besar untuk masa yang terhad,” katanya dalam satu kenyataan.

Antara trend yang boleh dilihat pada 2019 termasuk hartanah yang dihubungka­n dengan strategik ke laluan Transit Aliran Massa dan Transit Aliran Ringan, unit yang lebih kecil dengan kemungkina­n gaya hidup yang lebih besar (lebih banyak kemudahan dan dekat dengan pengangkut­an awam) dan kawasan pilihan berpotensi, iaitu Petaling Jaya, Shah Alam, Subang Jaya dan Kuala Lumpur.

“Kami juga menggalakk­an rakyat Malaysia untuk memanfaatk­an Pra-Kelayakan Gadai Janji PropertyGu­ru kerana mereka boleh menyemak kelayakan pinjaman mereka dalam masa nyata, dan sama ada mereka mampu menampung harta yang mereka mahukan,” kata Fernandez. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia