Utusan Borneo (Sabah)

Serba Marine adakan Hari Bersama Pelanggan

-

BINTULU: Serba Marine Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat peneraju dalam sewaan pemampat udara, jana kuasa, menara lampu dan kimpalan di Bintulu telah mengadakan Hari Bersama Pelanggan di premisnya di Kemena Land District Kawasan Perindustr­ian Kidurong (KINDA) kelmarin.

Ia membabitka­n jerayawara khusus berkenaan pemampat mudah alih Atlas Copco yang baharu iaitu model U190 dan menara lampu limpah model Hilight V4.

Hari Bersama Pelanggan itu menarik sekitar 50 pengunjung daripada pelbagai sektor antaranya minyak dan gas, pembinaan, pembinaan kapal, infrastruk­tur dan lainlain lagi.

Model U190 adalah pemampat mudah alih 190cfm berprestas­i unggul yang dilancarka­n baru-baru ini oleh Atlas Copco. Dengan reka bentuk padat, ia sangat ringan dengan beratnya hanya di bawah 750 kilogram (kg) dan perkhidmat­an boleh disiapkan dalam masa sejam. Model baharu ini juga dilengkapi dengan kanopi C3 yang bebas karat.

Turut dipamerkan ialah menara lampu logam Atlas Copco Halide Hilight V4 yang mampu menyampaik­an kecemerlan­gan dalam penca-

PENGUNJUNG Hari Bersama Pelanggan Serba Marine Sdn Bhd menerima cenderamat­a masing-masing sambil merakam gambar kenangan.

hayaan dengan purata 20 lux (daya pancar cahaya).

Ia didatangka­n dengan kanopi legenda Hardhat PE, menawarkan perlindung­an dalam keadaan sukar untuk menjadikan­nya bebas karat dan kakisan. Mesin itu mempunyai pintu sayap lebar yang menawarkan peningkata­n kebolehgun­aannya.

Menara lampu ini memiliki lampu halide 4 x 1000W yang memberikan persekitar­an cerah yang sangat baik di tempat kerja. Lampu itu boleh diputar 360 darjah dan mencapai ketinggian maksimum 25 kaki. Kedua-dua pemampat U190 dan menara lampu tinggi V4 menggunaka­n enjin Kubota dengan bahan api minimum.

Justeru mana-mana pihak yang berminat untuk menyewa mesin-mesin

PARA pengunjung diberi penerangan mengenai fungsi mesin menara lampu limpah model Hilight V4.

tersebut hubungi Patrick (Serba Marine Sdn Bhd) di talian 086-336953 atau 0198815535/019-8123933 atau e-mel di serbamarin­e2011@gmail.com.

PARA pengunjung diberi penerangan mengenai fungsi mesin pemampat mudah alih Atlas Copco.

 ??  ?? MENARA lampu limpah Hilight V4 memberikan persekitar­an cerah yang sangat baik.
MENARA lampu limpah Hilight V4 memberikan persekitar­an cerah yang sangat baik.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia