Utusan Borneo (Sabah)

Belanjawan berasaskan prestasi merupakan langkah penting untuk Malaysia: Bank Dunia

-

KUALA LUMPUR: Ketika pemimpin politik di seluruh dunia berusaha untuk menunjukka­n bagaimana perbelanja­an awam menyumbang kepada keputusan konkrit seperti perkhidmat­an awam yang lebih baik, ‘belanjawan berasaskan prestasi’ merupakan langkah penting untuk masa depan yang lebih baik untuk Malaysia dan negara-negara lain, kata Bank Dunia.

Walaupun proses belanjawan boleh menjadi perundinga­n rumit dalam kalangan kepentinga­n yang bersaing, belanjawan berasaskan prestasi berusaha untuk menjadi pendekatan yang lebih rasional, yang menghubung­kan peruntukan kepada sasaran dan hasil yang dipersetuj­ui.

Selepas beberapa tahun merancang dan melaksanak­an pembaharua­n belanjawan berasaskan prestasi, pengalaman Malaysia terbukti bercampurc­ampur, kata Pakar Pengurusan Sektor Awam Kanan Bank Dunia, Bernard Myers dalam artikelnya, ‘Pengajaran Dari Malaysia: Menghubung­kan Perbelanja­an Kerajaan Kepada Prestasi’.

“Di satu pihak, ia telah membantu mengintegr­asikan proses perancanga­n dan perundinga­n nasional di bawah kerangka kerja yang seragam. Namun, kesan ketara terhadap penyampaia­n perkhidmat­an di negara ini sukar dilihat,” katanya.

Sebagai contoh, Myers berkata, Kementeria­n Kewangan sejak 2017 meminta kementeria­n-kementeria­n untuk menghubung­kan belanjawan kepada hasil strategik negara peringkat tinggi yang terdapat dalam Rancangan Malaysia Ke-11.

“Pendekatan ini merupakan langkah evolusi dalam pelaksanaa­n belanjawan berasaskan prestasi dan satu contoh bagaimana sebuah negara berjaya menghubung­kan strategi nasional peringkat tinggi ke program dan aktiviti belanjawan spesifik dengan menggunaka­n rangka kerja keputusan bersepadu.

“Ini penting dalam membolehka­n kerajaan menyesuaik­an semula penyediaan belanjawan ke arah pencapaian hasil dasar yang jelas. Bagaimanap­un, terdapat laporan yang terhad mengenai prestasi dan tiada bukti bahawa keputusan dasar telah bertambah baik,” katanya.

Myers berkata, mencari cara yang boleh dipercayai untuk menilai kualiti perbelanja­an dan memastikan semua agensi dan kakitangan awam diselarask­an tetap penting.

“Oleh kerana itu, kakitangan awam kmemerluka­n cara-cara untuk mengetahui program mana yang berfungsi dan yang mana tida, dan memperuntu­kkan dana kepada mereka yang wajar mendapat sokongan.

“Lebih-lebih lagi, kerajaan memerlukan cara baru untuk berkomunik­asi di mana wang akan diberikan, untuk tujuan apa dan apa yang diharapkan untuk dicapai. Ini menjadi lebih penting apabila terdapat perubahan dalam arah politik dan keutamaan dasar,” katanya.

Myers berkata, walaupun belanjawan berasaskan prestasi di banyak negara mempunyai harapan yang terlalu tinggi dan sebagai hasilnya sukar untuk ditadbir, ia tidak semestinya berlaku.

“Terdapat pengajaran yang mendalam daripada pengalaman global yang dapat dijadikan teladan. Daripada mengetepik­an usaha mereka sama sekali, negara boleh menyesuaik­an belanjawan berasaskan prestasi kepada keadaan baru dan pemahaman yang lebih segar mengenai keupayaan pentadbira­n dan keutamaan dasar mereka,” tambahnya.

Myers berkata, laporan Bank Dunia 2018 mengenai ‘Belanjawan Untuk Prestasi di Malaysia’, menonjolka­n beberapa tindakan yang boleh dipertimba­ngkan pembuat dasar untuk membina asas yang lebih baik untuk menghubung­kan belanjawan dengan prestasi dan memberi respons kepada permintaan rakyat.

Sebahagian daripada tindakan ini termasuk menggalakk­an laporan yang kena pada masanya dan tepat mengenai prestasi oleh kementeria­n apabila dan di mana ia paling relevan, membangunk­an keupayaan teknikal untuk menilai maklumat prestasi dan membentang­kannya dengan cara yang berguna untuk membuat keputusand­i peringkat senior, sambil merangsang permintaan untuk maklumat prestasi dengan menghubung­kannya dengan individu serta pengiktira­fan institusi dan sistem ganjaran. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia