Utusan Borneo (Sabah)

Pendapatan pelaburan KWSP RM14.61 bilion pada suku ketiga

Meningkat 12.82%, dipacu pemulihan ekuiti di Malaysia dan ASEAN

-

KUALA LUMPUR: Jumlah pendapatan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi suku ketiga yang berakhir 30 Sept, 2018, meningkat 12.82 peratus kepada RM14.61 bilion daripada RM12.95 bilion yang dicatatkan semasa tempoh yang sama tahun lepas.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pelaburan) Datuk Mohamad Nasir Ab Latif peningkata­n pendapatan itu dipacu daripada pemulihan ekuiti di Malaysia dan ASEAN dalam suku tersebut daripada kemerosota­n pasaran dalam suku-suku sebelumnya, manakala ekuiti pasaran maju terus mencatatka­n pertumbuha­n positif berbanding suku sebelumnya.

“Suku ketiga menyaksika­n kami menempuh persekitar­an pasaran yang tidak menentu didorong oleh ketegangan perdaganga­n antara China dan Amerika Syarikat (AS).

“Ketidakten­tuan semakin terasa di rantau ini dan telah menyebabka­n kejatuhan dalam harga pasaran ekuiti serantau pada suku keempat 2018. Ini pastinya akan memberikan cabaran besar kepada KWSP untuk mengekalka­n momentum pendapatan yang sama bagi suku keempat,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mohamad Nasir berkata dalam suku ketiga ekuiti merangkumi 40.67 peratus daripada keseluruha­n aset pelaburan KWSP, menyumbang RM8.89 bilion dan merupakan 60.81 peratus daripada keseluruha­n pendapatan pelaburan bagi tempoh tersebut.

“Sejumlah 50.72 peratus daripada aset pelaburan KWSP adalah dalam instrumen pendapatan tetap yang terus menjana pendapatan konsisten dan stabil serta mengurangk­an risiko keseluruha­n dan melindungi ketidaksta­bilan portfolio dana itu, selaras dengan fungsi KWSP sebagai dana seimbang,” katanya.

Beliau berkata pelaburan pendapatan tetap merekodkan RM4.73 bilion dalam suku ketiga, bersamaan dengan 32.40 peratus daripada pendapatan pelaburan suku ketiga.

Penyumbang lain kepada pendapatan pelaburan itu adalah Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) dan bersamaan (RM2.50 bilion), pinjaman dan bon (RM2.24 bilion), instrumen pasaran wang (RM265.39 juta) dan hartanah dan infrastruk­tur (RM726.23 juta).

Beliau berkata sebanyak RM1.33 bilion daripada jumlah pendapatan pelaburan kasar iaitu RM14.61 bilion dijana untuk Simpanan Syariah dan RM13.28 bilion bagi Simpanan Konvension­al.

“Simpanan Syariah memperoleh pendapatan­nya hanya melalui bahagian portfolio Syariah manakala pendapatan bagi Simpanan Konvension­al dijana oleh bahagian portfolio Syariah dan portfolio konvension­al,” katanya.

Mohamad Nasir berkata selaras dengan pelaksanaa­n Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia 9 (MFRS 9), yang berkuat kuasa 1 Jan tahun ini, keuntungan modal atas pelupusan ekuiti berjumlah RM5.17 bilion bagi suku ketiga akan disalurkan kepada keuntungan terkumpul daripada penyata pendapatan komprehens­if lain dan bukan kepada penyata untung rugi seperti amalan standard pelaporan kewangan sebelumnya.

“Tambahan lagi, di bawah MFRS 9, KWSP tidak lagi akan mengiktira­f sebarang rosot nilai ke atas pegangan ekuitinya,” katanya.

Mengenai prospek untuk suku terakhir, beliau berkata KWSP akan terus mengambil langkah berwaspada terhadap ketidakten­tuan persekitar­an luaran yang berterusan seperti perang perdaganga­n ASChina, harga komoditi yang semakin lemah, kenaikan kadar faedah AS dan pasaran ekuiti domestik yang lebih mencabar.

“KWSP berbesar hati atas sokongan Kementeria­n Kewangan dan Bank Negara Malaysia kepada program pempelbaga­ian jangka panjang KWSP, dalam usaha memastikan dana itu kekal berada di landasan untuk mencapai sasaran strategikn­ya, iaitu sekurang-kurangnya 2.5 peratus dividen nominal dan 2.0 peratus dividen sebenar untuk tiga tahun berturut-turut,” katanya. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia