Utusan Borneo (Sabah)

CIDB sasar bilangan penggiat mahir IBS meningkat 10 peratus

-

KUALA LUMPUR: Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) menyasarka­n pemeteraia­n memorandum persefaham­an dengan Sany Constructi­on Industry Developmen­t Sdn Bhd, berupaya meningkatk­an bilangan penggiat yang mengikuti latihan Sistem Binaan Berindustr­i (IBS) sebanyak 10 peratus.

Ketua Pegawai Eksekutif CIDB, Datuk Ahmad ‘Asri Abdul Hamid berkata setakat November tahun ini, CIDB IBS Sdn Bhd telah melatih dan meningkatk­an kemahiran masing-masing seramai 3,684 pekerja, 7,496 kontraktor dan 4,053 profesiona­l dalam pelaksanaa­n teknologi IBS.

“Kerjasama yang digariskan menerusi memorandum persefaham­an (MoU) ini akan melengkapk­an lagi usaha yang dilaksanak­an CIDB IBS bagi tujuan itu.

“Sany Constructi­on dan CIDB bersetuju untuk berkongsi maklumat serta kepakaran maklumat dan teknologi berkaitan IBS selain bekerjasam­a dalam program pembanguna­n kapasiti di semua peringkat, termasuk program kemahiran semula untuk pekerja agar bersedia dengan IBS,” katanya kepada pemberita selepas majlis pemeteraia­n itu di sini, semalam.

Ahmad ‘Asri berkata, menerusi kerjasama itu CIDB juga berharap dapat melihat lebih ramai pengeluar, pemasang dan kontraktor IBS di negara ini.

“Kami melihat sinergi dan hasrat antara kedua-dua pihak itu akan dapat memperluas­kan lagi matlamat Program Transforma­si Industri Binaan (CITP) memajukan ekosistem IBS di Malaysia,” katanya.

CITP diperkenal­kan oleh Kementeria­n Kerja Raya menerusi CIDB sebagai satu pelan komprehens­if untuk memperting­katkan sektor binaan yang bercirikan moden, produktif, mapan dan setanding standrad global dari segi kualiti, keselamata­n dan teknologi.

Ia turut membentuk bahagian penting Rancangan Malaysia Ke-11 dengan aspirasi sebagai negara berpendapa­tan tinggi menjelang 2020 selain menangani cabaran khusus dalam industri binaan.

Ahmad ‘Asri turut menyifatka­n kerjasama CIDB-Sany itu sebagai satu lagi langkah untuk mencapai sasaran CITP.

“Teras strategik ketiga Produktivi­ti dalam CITP itu adalah pelaksanaa­n IBS, baik dalam projek sektor awam dan swasta serta membangunk­an rantaian bekalan IBS yang cemerlang di negara ini,” katanya.

Malah sejak 2008, kerajaan juga telah memberi mandat mengenai penggunaan IBS dalam projek-projek kerajaan bernilai RM10 juta atau lebih dan mencapai skor IBS sebanyak 70.

Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan pula menetapkan penggunaan IBS bagi projek-projek swasta berkuat kuasa 10 Jan, 2018 dan membabitka­n projek bernilai RM50 juta atau lebih dengan skor minimum 50 bagi IBS, katanya.

“Sehubungan itu, usaha CIDB menjalin kerjasama strategik dalam bidang IBS adalah tepat pada masanya bagi memperkuku­h ekosistem teknologi itu dalam industri pembinaan Malaysia,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia