Utusan Borneo (Sabah)

Tuntut keadilan, kesamarata­an

GTSL adakan demonstras­i aman di Bandar Tawau

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Gabungan Persatuan-Persatuan Teksi, Kereta Sewa, Limosin Sabah dan Wilayah Persekutua­n Labuan (GTSL) Cawangan Tawau mengadakan demonstras­i aman di Bandar Tawau pada Rabu, sebagai menuntut keadilan dan kesamarata­an dengan pemandu kenderaan e-hailing.

Utusan Borneo difahamkan demonstras­i itu diadakan serentak di seluruh negara bersama Gabungan Pertubuhan Teksi, Kereta Sewa, Limosin dan Teksi Lapangan Terbang Se’Malaysia (GTSM).

Hadir sama dalam demonstras­i aman itu, Pengerusi GTSL Tamrin Eraba, Pengerusi GTSL Cawangan Tawau Sulaiman Daing Choa dan Timbalan Pengerusi Persatuan Pemilik/ Pengusaha Teksi Rumpun Melayu (Persarum) Saripudin Tawile.

Tamrin berkata usaha itu dilakukan demi membela nasib 1,166 pemandu teksi di Tawau dan Lahad Datu, selain 85 pemilik lesen teksi yang baharu diluluskan oleh Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdaganga­n (LPKP) Tawau.

Menurutnya, GTSL menolak langkah pengenalan e-hailing yang diumumkan Menteri Pengangkut­an Anthony Loke pada 11 Julai lepas selagi belum mencapai kesamarata­an yang benarbenar adil, khususnya kepada pemilik dan pemandu teksi.

“Selagi belum dicapai kesamarata­an ini kita tolak ehailing, kecuali kalau mereka (kerajaan) penuhi tuntutan kita, (barulah) kita akan ikut,” katanya.

Beliau berkata GTSL sependapat dengan GTSM supaya kerajaan mewujudkan persaingan yang benar-benar adil antara pemandu teksi dengan pemandu kenderaan e-hailing.

“Kami berpendapa­t peraturan yang diumumkan oleh menteri berkenaan sebagai tidak adil dan tidak mampu mewujudkan kesamarata­an yang benarbenar adil,” katanya.

Pihaknya menuntut kerajaan supaya mengkaji semula keputusan yang sudah diumumkan dan mengadakan perbincang­an dua hala terlebih dahulu.

Termasukla­h, mengadakan kajian menyeluruh, kerana peraturan baharu berkenaan disifatkan memberi kebebasan dan pengecuali­an istimewa kepada aktiviti kenderaan e-hailing, sedangkan pemandu teksi masih tertakluk kepada peraturan sedia ada.

“Kita tidak bersetuju proses mendapatka­n Lesen Perkhidmat­an Kenderaan Awam (PSV) dipermudah­kan dan diserahkan kepada syarikat aplikasi atau agensi selain Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ).

“Pelaksanaa­n mewajibkan pemandu-pemandu ‘kereta sapu’ e-hailing mendapatka­n Lesen PSV juga perlu dilaksanak­an pada 12 Julai 2018 bukannya pada 12 Julai 2019,” katanya.

Beliau berkata pihaknya juga tidak bersetuju Lesen Pengendali kelas e-hailing diserahkan kepada syarikat e-hailing kerana bukan hanya menafikan hak kebebasan pemandu.

Tetapi turut mengekalka­n sistem perhambaan moden industri teksi negara seperti yang menimpa pemandu teksi, kereta sewa dan teksi lapangan terbang melalui Lesen Pengendali Teksi (Permit Teksi).

“Jumlah pengeluara­n lesen itu perlu dihadkan supaya tidak berlaku kebanjiran dalam industri yang akhirnya akan menimbulka­n masalah terhadap pelbagai pihak.

“Kami juga tidak bersetuju pengecuali­an pemeriksaa­n berkompute­r untuk kenderaan berusia tiga tahun ke bawah di Puspakom diberi kepada semua kenderaan e-hailing.

“Seharusnya, kenderaan yang menyediaka­n perkhidmat­an pengangkut­an awam menjalani pemeriksaa­n berkompute­r di PUSPA K O M setiap tahun, tanpa pengecuali­an,” katanya.

Tuntutan lain, termasukla­h pengenalan ‘body marking’ secara kekal kepada kenderaan pengangkut­an awam serta mewujudkan kawalan dan menyelaras­kan semua kadar tambang termasuk e-hailing.

Mereka juga menuntut kementeria­n mengawal dan menyelaras­kan kadar komisen pengguna ane-h aling pada kadar 10 peratus sahaja kerana wujud perbezaan kadar komisen kenderaan e-hailing (20 peratus).

Pihak mereka menyifatka­n berlaku ketidakadi­lan apabila pemandu kenderaan e-hailing diberi kebebasan beroperasi, sedangkan pemandu teksi dan kereta sewa masih tertakluk kepada keperluan beroperasi di kawasan ditetapkan.

Dari segi penguatkua­saan pula, mereka menuntut supaya penguatkua­saan dilaksanak­an dengan lebih tulus, adil, dan tegas serta tidak hanya terarah kepada pemandu teksi dan kereta sewa.

 ??  ?? TAMRIN (tengah), yang turut ditemani Sulaiman (kiri) dan Saripudin tidak menolak kemungkina­n untuk mengadakan demonstras­i aman di seluruh negeri dalam usaha menyuaraka­n tuntutan-tuntutan mereka kepada kerajaan khususnya Kementeria­n Pengangkut­an.
TAMRIN (tengah), yang turut ditemani Sulaiman (kiri) dan Saripudin tidak menolak kemungkina­n untuk mengadakan demonstras­i aman di seluruh negeri dalam usaha menyuaraka­n tuntutan-tuntutan mereka kepada kerajaan khususnya Kementeria­n Pengangkut­an.
 ??  ?? PENGUSAHA dan pemandu teksi berharap kerajaan mengadakan perbincang­an dua hala bersama mereka berkaitan e-hailing.
PENGUSAHA dan pemandu teksi berharap kerajaan mengadakan perbincang­an dua hala bersama mereka berkaitan e-hailing.
 ??  ?? DEMONSTRAS­I aman GTSL melibatkan GTSL Cawangan Tawau di Bandar Tawau dilakukan serentak dengan langkah GTSM di seluruh negara.
DEMONSTRAS­I aman GTSL melibatkan GTSL Cawangan Tawau di Bandar Tawau dilakukan serentak dengan langkah GTSM di seluruh negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia