Utusan Borneo (Sabah)

Kaedah baharu bayar PTPTN lebih menyeluruh

-

KUALA LUMPUR: Kaedah baharu pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang bakal diperkenal­kan, bersifat lebih menyeluruh, kata Pengerusin­ya Wan Saiful Wan Jan.

Beliau berkata kajian mengenai mekanisme baharu itu sedang dalam penelitian pihaknya bagi memastikan kaedah tersebut sesuai untuk semua golongan peminjam.

“Golongan kumpulan isi rumah berpendapa­tan rendah (B40) dan sederhana (M40) sentiasa menjadi keutamaan PTPTN dan ini termasukla­h golongan yang agar tegar membayar… kaedah baharu itu akan bersifat menyeluruh.

“Bilangan peminjam tegar adalah sedikit dan kita akan pastikan mereka membayarny­a. Bagaimanpu­n, adalah terlalu awal untuk saya umumkan kaedah itu kerana kita masih melaksanak­an kajian terperinci,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program ‘KITA Bantu – Jom Ke Sekolah’ di Dewan Serbaguna Taman Tasik Ampang Hilir, pada Rabu.

Turut hadir, Pengerusi Pertubuhan Kami Insan Tanah Air (KITA) Mohd Danial Abdul Rahman.

Pada 7 Dis lepas, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mengumumka­n penangguha­n pelaksanaa­n kaedah baharu bayaran balik PTPTN secara Potongan Gaji Berjadual yang dijadualka­n bermula Januari depan.

P T P T N memerlukan tempoh enam hingga 12 bulan bagi mengkaji semula pelaksanaa­n formula baharu bayaran balik pinjaman pendidikan.

Sementara itu, mengulas mengenai program tersebut, Wan Saiful berkata ia dianjurkan KITA dengan kerjasama PTPTN bertujuan membantu kanak-kanak golongan asnaf.

“Seramai 200 kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun menerima sumbangan berbentuk tabung simpanan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) bernilai RM1,000 seorang,” katanya.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia