Utusan Borneo (Sabah)

Erdec UMS dekati komuniti ibu tunggal melalui program CSR

-

KOTA KINABALU: Pusat Penyelidik­an dan Pembanguna­n Keusahawan­an (Erdec) Universiti Malaysia Sabah( U M S) telah mengadakan siri program perkongsia­n ilmu keusahawan­an bersama Persatuan Ibu Tunggal Sabah (Pitsa).

Bertemakan ‘Ke Arah Usahawan Wanita Berjaya’, program itu yang diadakan sebagai memenuhi tanggungja­wab sosial korporat (CSR) Erdec mula dijalankan bersama Persatuan Ibu Tunggal Kota Marudu (PITKM) pada 31 Oktober lalu, diikuti dengan Persatuan Ibu Tunggal Gabungan Kota Kinabalu, Tambunan dan Bongawan pada 3 November, dan seterusnya Persatuan Ibu Tunggal Nur Kasih, Kota Kinabatang­an pada 14 November.

Pengarah Erdec UMS Dr Salmah Topimin berkata, program itu merupakan sebahagian daripada perancanga­n program libat sama Erdec bersama komuniti usahawan di negeri ini.

“Komuniti ibu tunggal ini telah dikenal pasti sebagai sebahagian daripada kumpulan sasaran yang signifikan dalam pembanguna­n keusahawan­an di negeri ini.

“Hakikat bahawa kumpulan ini merupakan kumpulan usahawan yang mudah menerima pendedahan berkaitan aspek keusahawan­an telah mendorong pihak Erdec untuk membantu meningkatk­an potensi kecemerlan­gan kerjaya keusahawan­an mereka melalui perkongsia­n ilmu dan pengetahua­n keusahawan­an,” katanya.

Tambah beliau, pengendali­an program di tiga kawasan terpilih itu menumpukan kepada gabungan ilmu keusahawan­an teori dan praktikal serta mengikut kesesuaian cadangan topik yang diberikan oleh persatuan terbabit, dengan tenaga pengajar yang terdiri daripada para pensyarah Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) UMS iaitu Dr Noor Fzlinda Fabeil, Haslinda Hasan dan Ahmad Shakani Abdullah telah terlibat menjayakan program itu.

Salmah turut berharap agar penganjura­n program itu dapat meningkatk­an motivasi serta keupayaan keusahawan­an dalam kalangan ibu tunggal di Sabah dan seterusnya mengukuhka­n daya saing perniagaan dan ekonomi keluarga mereka.

“Saya turut menyaranka­n agar dilaksanak­an satu kajian menyeluruh tentang potensi keusahawan­an dalam kalangan kumpulan ibu tunggal di Sabah, dengan kaedah penyelidik­an yang digunakan haruslah bersesuaia­n dengan kumpulan yang disasarkan bagi memahami cabaran dan hakikat yang dilalui oleh kumpulan usahawan ibu tunggal ini.

“Dengan kata lain, kaedah penyelidik­an seharusnya memberi ruang kepada kumpulan sasaran tersebut untuk berkongsi pengalaman mereka, dan apa yang penting, melalui kajian itu, realiti sebenar daripada pengalaman keusahawan­an mereka dapat didedahkan,” katanya.

Sementara itu, Presiden Pitsa Norhanida @Bernadate Annol berkata, kursus sebegini amat diperlukan oleh ahlinya sebagai penyuntik semangat dan galakan kepada mereka dalam menjalanka­n aktiviti perniagaan dan seterusnya membantu untuk mengukuhka­n sumber pendapatan.

“Sebilangan besar daripada ahli Pitsa tidak mempunyai pendapatan tetap dan berhadapan pelbagai cabaran untuk memantapka­n ekonomi keluarga mereka.

“Penglibata­n mereka sebagai peniaga kecil-kecilan dalam bidang jahitan, penyediaan makanan, peruncitan dan pemprosesa­n makanan kering serta basah amat memerlukan pelbagai bentuk sokongan seperti kewangan, prasarana fizikal, peralatan dan latihan keusahawan­an bagi membantu kelangsung­an perniagaan mereka, pendedahan daripada program ini amat membantu mereka untuk mengembang­kan daya keusahawan­an mereka,” katanya.

Program sehari itu melibatkan lebih 120 peserta dalam kalangan ibu tunggal yang berpeluang mendapat ilmu berkaitan teknik mengenal pasti masalah, merancang strategi perniagaan, teknik pemasaran berkesan, merekodkan kewangan dan penyediaan masakan barat sepanjang berlangsun­gnya program itu.

 ??  ?? ANTARA peserta siri program perkongsia­n ilmu keusahawan­an bersama Pitsa anjuran Erdec UMS.
ANTARA peserta siri program perkongsia­n ilmu keusahawan­an bersama Pitsa anjuran Erdec UMS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia