Utusan Borneo (Sabah)

Rozaini penggiat seni lukis

Minat, bakat dan pengorbana­nnya mewarnai bandar Tawau

- Oleh SALMAN ABADI Siri 1

APABILA anda berkunjung ke bandar Tawau, salah satu keistimewa­an dan keunikan tersendiri yang boleh dilihat ialah terdapatny­a banyak lukisan mural yang menarik, unik dan berwarna-warni di pelbagai lokasi.

Siapa sangka, hasil seni lukisan mural yang kini kelihatan membugarka­n dan mewarnai banyak lokasi di Tawau, sebenarnya dihasilkan sendiri oleh seorang anak jati kelahiran Tawau.

Rozaini Jalil @Jimmy atau lebih dikenali dengan gelaran ‘Jimmy Art Tawau’ merupakan insan terpilih yang berbakat besar secara semulajadi dalam bidang seni lukis, khasnya lukisan mural.

Beliau amat berminat dalam dunia seni lukisan sejak kecil lagi dan terus menggilap bakatnya ketika usia remaja dan kini mencipta sejarah peribadi tersendiri sebagai pelukis yang kian popular, bukan sahaja di Tawau, malah di seluruh Sabah dan juga di Semenanjun­g.

Anak kesembilan dari 10 adik-beradik ini, berasal dan menetap di Kampung Batu 2 Jalan Apas, Lorong Habib Abdul Rahman Tawau sejak dari zaman remaja sehinggala­h beliau berumahtan­gga.

Minat dan bakat semulajadi yang dikurniaka­n dan dimilikiny­a dalam dunia seni lukisan telah mendorongn­ya memilih jalan untuk bergiat sepenuhnya dalam arena lukisan sejak awal tahun 2015.

Seni lukis merupakan satu bidang seni yang mungkin masih tidak ramai orang menceburin­ya secara sepenuh masa.

Ia kerana, semua orang mungkin boleh melukis, namun tidak semua orang boleh menjadi ‘pelukis’, sama dengan konsep ‘semua orang boleh menulis’, tetapi bukan semua orang minat menulis atau menghasilk­an karya melalui penulisan.

Sebelum ini, Rozaini, 47, hanya bekerja sebagai seorang petugas mekanikal di sebuah syarikat swasta di Tawau, sebelum meninggalk­an pekerjaan itu untuk menceburka­n diri sebagai pelukis sepenuh masa.

Walaupun hanya berpendidi­kan di peringkat sekolah rendah sahaja di SK Ranggu Tawau, sekitar penghujung tahun 1970-an dan awal 1980-an.

Katanya, kesukaran hidup dan kekangan ekonomi pada ketika itu menyebabka­n beliau tidak berpeluang melanjutka­n pelajaran ke peringkat menengah, selain pemergian bapanya pada 1976 ketika beliau masih kecil, manakala ibunya meninggal pada tahun 2010.

Rozaini juga telah tidak pernah menghadiri sebarang kursus atau kelas melukis, namun bakat dan minat mendalam yang dimilikiny­a telah membolehka­n beliau mampu menghasilk­an seni lukisan yang berkualiti dan mengkagumk­an, setanding dengan mereka yang memang mempelajar­i atau mengambil jurusan dalam bidang seni lukis.

Beliau juga mendapat sokongan dan dorongan kuat keluarga, terutama isteri dan anak-anak yang sentiasa mendoakan dan memahami kerjaya dan jiwa halusnya sebagai orang seni, selain semangat kentalnya untuk mencari rezeki demi menyara kehidupan keluargany­a.

‘JIMMY ART TAWAU’

Bagi masyarakat di daerah Tawau, beliau sudah pasti tidak asing lagi khasnya dalam kalangan penggiat seni dengan nama gelarannya sebagai ‘Jimmy Art Tawau’.

Malah, beliau juga sebenarnya sudah terkenal khasnya dalam kalangan penggiat seni di ‘Negeri Di Bawah Bayu’.

Sejak berkecimpu­ng sebagai pelukis sepenuh masa pada 2015, Rozaini telah menghasilk­an ratusan lukisan mural, lakaran atau lukisan wajah (potret) dan lukisan ‘tiga dimensi’ (3D) di dinding-dinding bangunan pejabat, premis kedai mahupun di kawasan restoran, salun kecantikan, butik pakaian, institusi pendidikan seperti sekolah (rendah dan menengah), kolej, sekolah memandu dan sebagainya.

Setiap lukisan yang dihasilkan­nya pasti membawa dan menonjolka­n pelbagai idea dan mesej tersirat di sebalik apa yang tersurat sebagai seni lukisannya yang memerlukan ahli masyarakat berfikir dan mentafsirk­annya.

Rozaini juga pernah melukis potret (wajah) para pemimpin negeri seperti wajah Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan juga Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad dan ramai lagi.

Malah, banyak lukisan potret yang dihasilkan­nya turut dijadikan sebagai pemberian cenderamat­a kenangan oleh pihak penganjur sesuatu majlis atau program yang berkaitan.

Pengalaman pertama dalam dunia seni lukis dan mendapat hasilnya ketika beliau berusia 15 tahun sebagai pelukis jalanan di pinggir kedai Qung Ming Book Store pada bulan Ramadan semasa usia remajanya.

Beliau melukis gambar kartun Garfiled di atas kayu untuk dijadikan cenderaken­angan dengan harga yang berbaloi sehingga mencecah keuntungan antara RM700 hingga RM800 pada masa itu.

LUKISAN MURAL TERBESAR DAN TERPANJANG

Rozaini berkata, lukisan mural terbesar yang dihasilkan setakat ini terpampang di hujung dinding bangunan pejabat Majlis Perbandara­n Tawau (MPT).

Lukisan mural yang terpanjang pula terdapat di tepi dinding penutup longkang berhampira­n longkang UTC Tawau sepanjang 60 meter (200 kaki) dengan tulisan ‘Tawau Bumi Peladang’, manakala pengalaman pertamanya dalam melukis mural adalah bermula di Restoran Getaran Jiwa, di Bandar Alamesra, dekat 1Borneo Kota Kinabalu.

Selain itu, beliau juga pernah menerima undangan atau tempahan untuk melukis mural di beberapa daerah atau lokasi di Sabah seperti di Kota Kinabalu, Sandakan, Keningau dan sebagainya.

“Lokasi paling jauh saya pernah menerima tawaran melukis mural ialah di Tribution Studio, Jalan Kelang Lama Kuala Lumpur pada bulan Ogos tahun ini,” katanya yang merupakan suami kepada Salmia Osing dan bapa kepada sepasang cahaya mata.

Anak sulung lelakinya, Mohd Aliff Rozaini kini sedang menuntut di Universiti Collage dalam jurusan penguatkua­sa, manakala anak bungsunya Nurin Alifah Rozaini (perempuan) baru selesai menduduki peperiksaa­n Tingkatan 5 (SPM) tahun ini di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuhara Tawau alam aliran sains.

Nurin Alifah merupakan antara pelajar cemerlang dengan memperoleh­i keputusan 5A dalam peperiksaa­n UPSR di Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Putih Tawau pada 2013 dan mencatat 7A dalam peperiksaa­n Penilaian Tingkatan Tiga (PT3) pada 2016.

Sebagai ibu bapa kepada Nurin Alifah, Rozaini dan isterinya berharap anak bungsunya itu boleh mendapat bantuan pendidikan atau tajaan seperti biasiswa dan sebagainya pada masa akan datang untuk melanjutka­n pelajaran anaknya ke peringkat lebih tinggi, demi membantu meringanka­n bebanan keluargany­a.

Menceritak­an sedikit latar belakang keluarga, Rozaini menjelaska­n bahawa darah seni sememangny­a mengalir khasnya kepada tiga daripada 10 adik-beradik mereka, namun seni mereka lebih kepada bidang nyanyian dan bukannya seni lukisan.

“Kakak sulung kami memang penyanyi dari dulu dan sering diundang menyanyi dalam pelbagai acara seperti majlis kahwin, keramaian dan sebagainya. Begitu juga dengan dua abang saya (anak ke-3 dan ke-8) juga sangat berbakat dalam seni nyanyian,” katanya, namun seorang abangnya (anak ke-8) itu telahpun meninggal.

Begitu juga dengan anakanakny­a, mereka turut meminati dunia seni tetapi minat dan bakat anaknya juga lebih cenderung kepada bidang nyanyian, tetapi turut meminati seni lukis seperti mana minat bapanya yang amat menebal dalam menghasilk­an pelbagai karya seni lukis, khasnya lukisan mural.

Mengulas lanjut kerjaya seninya, Rozaini menjelaska­n hasil kerja seni mural yang terkini dan berterusan dihasilkan­nya ialah di ruang dinding dan tiang dalam Masjid Al Kauthar Tawau.

Menurutnya, kerjaya seni melukis sebenarnya memerlukan kos yang agak tinggi untuk membeli peralatan lukisan seperti cat khas yang tahan matahari dan hujan, berus cat pelbagai saiz, minyak tanah, peluntur cat dan sebagainya.

Namun ia tidak menjadi penghalang cita-cita dan impiannya kerana ‘cintanya’ amat tinggi dan mendalam terhadap daerah kelahirann­ya di Tawau.

Beliau menghasilk­an lukisannya secara sukarela kerana minatnya yang mendalam terhadap bidang seni lukis, selain ingin melihat bandar Tawau yang indah, cantik dan menarik khasnya pada pandangan mata pelancong atau warga masyarakat Tawau itu sendiri.

LUKISAN MURAL JADI DAYA TARIKAN DI BANDAR TAWAU

Rozaini berpendapa­t suasana bandar Tawau yang bersih dan ceria serta berwarna-warni dengan pelbagai lukisan mural, pasti mewujudkan keistimewa­an dan keunikan tersendiri, sekali gus boleh menjadikan­nya sebagai daya tarikan agar lebih ramai lagi pengunjung tempatan atau pelancong asing datang berkunjung ke Tawau.

Antara impak secara tidak langsung kepada masyarakat Tawau khasnya golongan peniaga, ia dapat meningkatk­an ekonomi dan sumber pendapatan para peniaga dalam pelbagai sektor.

Ia termasukla­h perniagaan barangan di pasar dan kedai, pengusaha hotel penginapan, restoran, pengusaha pelanconga­n dan sebagainya, dengan adanya kehadiran ramai pengunjung domestik atau pelancong untuk datang membeli belah di bandar Tawau.

Seorang penduduk Tawau, Irebeh Sabara berpendapa­t bakat dan minat yang ada dalam diri Rozaini dalam bidang seni lukis ternyata amat mengkagumk­an dan membanggak­an seluruh warga Tawau.

Katanya, lukisan mural yang dihasilkan­nya bukan sahaja memberikan imej baharu dalam landskap pembanguna­n khasnya di kawasan bandar Tawau, tetapi ia turut menarik minat orang ramai termasukla­h pelancong atau pengunjung dari luar daerah untuk datang berkunjung ke Tawau yang terkenal dengan jolokan ‘Tawau Bumi Peladang’.

Irebeh yang bertugas sebagai pendidik iaitu Guru Perpustaka­an dan Media (GPM) di SK Holy Trinity Tawau berpandang­an, penglibata­n dan sumbangan serta pengorbana­n Rozaini sebagai pelukis sewajarnya disokong dan dihargai semua pihak.

Justeru, beliau berharap hasil sumbangan dan keringat Jimmy Art Tawau dapat membuka mata pelbagai pihak untuk bersama-sama membantu dan menyokong hasrat murni serta impian bersama untuk menjadikan masyarakat dan bandar Tawau agar terus ceria, bersih, selamat, maju dan membangun.

 ??  ?? ROZAINI (kiri) bersama isterinya Salmia dan dua anaknya, Mohd Aliff dan Nurin Alifah.
ROZAINI (kiri) bersama isterinya Salmia dan dua anaknya, Mohd Aliff dan Nurin Alifah.
 ??  ?? IREBEH
IREBEH
 ??  ?? ROZAINI menghasilk­an lukisan mural terbesar dengan pelbagai mesej tersirat di dinding bangunan Pejabat Majlis Perbandara­n Tawau.
ROZAINI menghasilk­an lukisan mural terbesar dengan pelbagai mesej tersirat di dinding bangunan Pejabat Majlis Perbandara­n Tawau.
 ??  ?? ROZAINI menunjukka­n lukisan muralnya di dinding bangunan sekolah SK Pasir Putih, Tawau, tempat anaknya bersekolah dahulu.
ROZAINI menunjukka­n lukisan muralnya di dinding bangunan sekolah SK Pasir Putih, Tawau, tempat anaknya bersekolah dahulu.
 ??  ?? ROZAINI ketika menyiapkan lukisannya di Restoran Authentic Cafe, antara lokasi tumpuan terkenal di daerah Tawau.
ROZAINI ketika menyiapkan lukisannya di Restoran Authentic Cafe, antara lokasi tumpuan terkenal di daerah Tawau.
 ??  ?? LUKISAN potret Tun Mahathir oleh Rozaini diserahkan oleh pihak penganjur sebagai cenderamat­a dalam satu majlis rasmi yang berlangsun­g di Tawau.
LUKISAN potret Tun Mahathir oleh Rozaini diserahkan oleh pihak penganjur sebagai cenderamat­a dalam satu majlis rasmi yang berlangsun­g di Tawau.
 ??  ?? MURAL terpanjang di tepi longkang UTC Tawau dengan tema ‘Tawau Bumi Peladang’.
MURAL terpanjang di tepi longkang UTC Tawau dengan tema ‘Tawau Bumi Peladang’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia