Utusan Borneo (Sabah)

Pressy menang dua gangsa

Dalam penampilan pertama Karate AUG di Myanmar

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Jaguh karate wanita Sabah, Pressy Misty Philip menang dua pingat gangsa pada penampilan pertamanya di Sukan Universiti ASEAN (AUG) Ke-19 Naypyidaw Myanmar yang berakhir pada Selasa.

Karatekas dari Tambunan itu mengutip pingat pertamanya dengan muncul sebagai pemenang bersama tempat ketiga acara Kumite Individu kategori 61kg.

Pressy terlepas peluang ke penentuan pingat emas dengan hanya kalah tipis 1-0 ditangan peserta Indonesia, Tri Winarni pada separuh akhir.

Sebelum itu, Pressy menundukka­n peserta tuan rumah 6-1.

Kategori itu dimenangi peserta Thailand, Neeranuch Tangleing yang mengalahka­n Winarni pada final.

Pingat kedua dimenangi Pressy bersama Syakilla Salni,

“Ianya lebih baik kalau naik podium menerima pingat emas tetapi saya tetap gembira dengan pingat gangsa pada ” penampilan pertama ini.

PRESSY MISTY PHILIP Jaguh karate wanita Sabah

Priya Shankari dan seroang lagi karatekas dari Sabah Gwendolyn Gimus dalam acara kumite berpasukan. Mereka kalah kepada Thailand pada separuh akhir.

Thailand memenangi kategori itu mengalahka­n pasukan Vietnam pada final.

Ketika dihubungi, Pressy menyatakan rasa gembiranya naik ke podium pada penampilan pertamanya di kejohanan itu.

“Ianya lebih baik kalau naik podium menerima pingat emas tetapi saya tetap gembira dengan pingat gangsa pada penampilan pertama ini,” katanya.

Pressy berkata, ia adalah pertanding­an terakhirny­a tahun ini di mana di akan berehat buat seketika sebelum meneruskan latihan awal tahun depan.

Bagaimanap­un sebelum itu, Pressy akan menyertai ujian pemilihan kebangsaan di Kuala Lumpur pada 22 Disember.

“Saya akan berada di ibu negara sehingga ujian pemilihan itu sebelum balik kampung.

“Saya harap dapat memberikan yang terbaik pada ujian pemilihan itu. Ia sesuatu yang hebat jika saya mendapat tempat dalam skuad negara,” katanya.

Sambil itu, keseluruha­nnya Malaysia menduduki tempat ketiga pada AUG dengan pencapaian 37 pingat emas, 43 perak dan 49 gangsa.

Thailand muncul juara dengan 62 emas, 52 perak dan 38 gangsa manakala Indonesia naib juara dengan 44 emas, 39 perak dan 30 gangsa.

Malaysia diwakili 382 atlet dan pegawai dan mengambil bahagian dalam 16 daripada 17 sukan yang dipertandi­ngkan pada sukan dwi tahunan berkenaan.

 ??  ?? PRESSY
PRESSY
 ??  ?? GWENDOLYN
GWENDOLYN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia