Utusan Borneo (Sabah)

Tawau tuan rumah kejohanan The 20th Borneo Ladies Golf Challenge Trophy Tournament

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Tawau akan menjadi tuan rumah bagi pertanding­an The 20th Borneo Ladies Golf Challenge Trophy Tournament pada Mac tahun depan.

Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew gembira penganjur telah memilih Tawau sebagai tuan rumah kejohanan itu.

“Kejohanan ini secara tidak langsung mampu memperkena­lkan destinasi pelanconga­n di kawasan pantai timur Sabah.

“Kini, pemain industri pelanconga­n di Tawau juga giat meningkatk­an kemudahan masing-masing sebagai persediaan menerima lebih ramai pelancong datang ke bandar itu tahun hadapan,” katanya ketika menerima kunjungan hormat Kapten Pasukan Sabah Datin Jeanette Tambakau di sini pada Selasa.

Beliau juga memberikan jaminan bahawa kementeria­nnya akan mempertimb­angkan sebarang

CHRISTINA (duduk, kiri) menerima surat jemputan daripada Jeanette, turut kelihatan lalah Mary (berdiri, kiri) dan Suzaini (berdiri, dua dari kiri) serta ahli jawatankua­sa penganjur yang lain.

permohonan sokongan ke atas program itu.

Sementara itu, Jeanette turut menjemput Christina untuk menyempurn­akan penyampaia­n hadiah kemenangan di Promende Hotel Tawau pada 8 Mac depan.

“Acara ini selalunya dilangsung­kan di Kota Kinabalu, tetapi kali ini kami memutuskan untuk mengadakan di Tawau sebagai sokongan kerajaan untuk mempromosi­kan daerah itu sebagai destinasi pelanconga­n,” katanya.

Hadir sama dalam kunjungan hormat itu ialah Pembantu Setiausaha Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Mary Malangking dan Pengurus Besar Lembaga Pelanconga­n Sabah Suzaini Sabdin Ghani.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia