Utusan Borneo (Sabah)

SKAS menang satu perak 10 gangsa

-

KOTA KINABALU: Persatuan Karate Shotokan Sabah (SKAS) menang satu pingat perak dan 10 gangsa pada Kejohanan Karate Piala Datuk Hanshoi James Lo Kali Kedua 2018 di Keningau, 1416 Disember lalu.

Presiden SKAS Simon Chia berkata, pencapaian itu membanggak­an dan paling penting penyertaan pada kejohanan itu telah memberi pendedahan berkualiti kepada mereka.

SKAS menghantar skuad dengan kekuatan 22 atlet pada kejohanan selama tiga hari anjuran Kelab Karate Kompleks Sukan Keningau itu.

Beliau berkata, pingat yang dimenangi dalam acara kumite dan kata dengan Zoeanna Zuntivia Joibi muncul sebagai penyumbang tunggal pingat perak.

“Kejohanan itu medan terbaik sebagai pendedahan kepada atlet muda kami. Ia adalah pengalaman baru bagi kebanyakan mereka dan saya yakin ia membantu dalam perkembang­an prestasi mereka,” kata Simon dalam kenyataann­ya pada Rabu.

Simon juga mengambil kesempatan pada kejohanan itu mengadakan perbincang­an dengan Setiausaha Agung Persatuan Karate Sabah (SKA), Julian Chin agar SKAS turut disenaraik­an pada kejohanan karate SKA akan datang.

“Kami mengharapk­an respon positif dari beliau (Julian) agar kami dapat turut serta dalam pembanguna­n sukan karate negeri ini,” katanya.

Sambil itu, Simon berkata ia adalah tempoh sibuk buat SKAS minggu ini di mana mereka membuat persiapan menaiktara­f karatekas mereka termasuk atlet senior untuk mendapatka­n tali pinggang hitam.

Selepas itu mereka akan memberi tumpuan penyertaan pada Kejohanan Kadet, Remaja bawah 21 tahun Sabah Kali Ke-18, 2019 dan Karate Piala Antarabang­sa Manudel Veguillas Memorial Tahun kedua di Filipina pada Januari 2019.

“Kami berterima kasih kepadaSKAS, ibubapadan­atlet atas sokongan dan komitmen yang membolehka­n mereka mengambil bahagian pada kejohanan di Keningau.

“Syabas dan terima kasih juga kepada Sensei Anney Henry kerana telah menjemput kami menyertai kejohanan ini,” kata Simon.

-Oleh VITALIS G BINGKASAN

 ??  ?? SKUAD karate SKAS menang satu perak dan 10 gangsa pada Kejohanan Karate Piala Datuk Hanshoi James Lo di Keningau.
SKUAD karate SKAS menang satu perak dan 10 gangsa pada Kejohanan Karate Piala Datuk Hanshoi James Lo di Keningau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia