Utusan Borneo (Sabah)

Sedco perkasa Unit Integriti

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sabah (Sedco) akan memantapka­n pengurusan Unit Integriti supaya mencapai tahap yang optima dan berkesan.

Pengerusi Sedco Datuk Dr Richard Sakian Gunting berkata, langkah berkenaan selaras dengan arahan di bawah Pekeliling Perkhidmat­an untuk menambah baik pengurusan integriti.

Katanya, tanpa kakitangan yang amanah dan berintegri­ti, sudah tentu Sedco boleh menjadi sasaran mudah kepada penyalahgu­naan kuasa dan kecenderun­gan salah laku rasuah.

Menurutnya, sebagaiage­nsi kerajaan yang membantu meningkatk­an prestasi kewangan, pelaburan dan sosio ekonomi masyarakat, pihaknya sentiasa berhadapan kerenah birokrasi korporat.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penutupan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Kumpulan Sedco dan Taklimat ‘Gearing Up For Corporate Liability’ anjuran bersama Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini pada Rabu.

Richard berkata, IBR berkenaan bertujuan memperkasa­kan iltizam warga Sedco dalam memerangi gejala rasuah.

Pelaksanaa­n program seumpama itu jelasnya, bagi memastikan warga Sedco terus membudayak­an etika kerja yang berintegri­ti dan amanah.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatk­an warga Sedco supaya jangan sesekali terlibat dalam menyebarka­n sesuatu komen khususnya di media sosial yang boleh mengundang fitnah.

“Kita seharusnya sentiasa menjaga etika, memelihara integriti dan berusaha menjadikan media sosial sebagai alat untuk meningkatk­an produktivi­ti.

“Ia juga bagi meningkatk­an hasil kerja ke arah yang lebih baik dan melangkaui kebiasaan,” katanya.

Pada majlis itu, sebanyak 28 anak syarikat Sedco berjaya melaksanak­an IBR dan menandatan­gani Dokumen Integriti.

Turut hadir, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Cawangan Sabah Zulkefle Abd Hamid dan Pengurus Besar Sedco Datuk Pengiran Saifuddin Pg Tahir.

 ??  ?? ZULKEFLE (tengah) menyampaik­an Watikah Pentauliah­an Pegawai Integriti Bertauliah kepada Ketua Unit Integriti Sedco Jamilah Yunus (dua kiri). Turut kelihatan Richard (dua kanan) dan Saifudin (kanan).
ZULKEFLE (tengah) menyampaik­an Watikah Pentauliah­an Pegawai Integriti Bertauliah kepada Ketua Unit Integriti Sedco Jamilah Yunus (dua kiri). Turut kelihatan Richard (dua kanan) dan Saifudin (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia