Utusan Borneo (Sabah)

Masyarakat perlu bersama jaga kebersihan: Peter Hii

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Masyarakat di bandar ini perlu memainkan peranan sama menjaga kebersihan dan tidak hanya mengharapk­an majlis daerah semata-mata.

Presiden Majlis Perbandara­n Sandakan (MPS), Datuk Peter Hii Chang Lik berkata, penjagaan kebersihan di daerah ini bukan hanya terletak pada pekerja di peringkat MPS sahaja.

“Ini adalah tanggungja­wab bersama di mana penduduk perlu membantu MPS untuk menjaga kebersihan di kawasan sekitar.

“Dalam masa sama, masyarakat sendiri menjaga dan memastikan kawasan sekeliling mereka sentiasa bersih,” katanya.

Beliau sebelum ini turun padang beberapa kali ke Pasar Umum Sandakan dan kawasan Old Slipway bagi melihat sendiri serta mendengar permasalah­an rakyat di kawasan itu.

Peter Hii berkata pihaknya akan menyelesai­kan masalah dihadapi masalah oleh penduduk di Old Slipway termasuk masalah pembuangan sampah, saluran paip tersumbat dan sebagainya.

“Kita akan berusaha selesaikan demi kepentinga­n penduduk. Sebelum ini, beberapa aduan termasuk di Pasar Umum Sandakan yang diterima juga telah kita selesaikan,” katanya.

Pada sesi lawatan terbaharu, Peter Hii lihat telah mencatat sendiri apa masalah yang diajukan oleh peniaga atau orang awam sebagai rujukan untuk dibawah ke mesyuarat MPS.

Mengenai masalah kekotaran dan berbahu kencing di tangga bangunan di Old Slipway, beliau menjelaska­n pihaknya akan membuat perbincang­an dan mencadangk­an pemasangan pintu pagar di setiap tangga bangunan bagi menyelesai­kan masalah itu.

“Tetapi saya juga minta penduduk di bangunan rumah kedai ini agar bekerjasam­a menangani masalah kekotoran dan berbau kencing di tangga bangunan. Kita perlu jangan kebersihan bagi mengelak penyakit berjangkit dan bandar ini jadi tarikan pelancong,” jelasnya.

Menurutnya, kita perlu bersama-sama pastikan bandar Sandakan menjadi sebuah bandar terbersih dan terindah secara tidak langsung dapat memberi impak serta gambaran positif masyarakat luar termasuk pelancong.

“Kita perlu memupuk budaya bagaimana untuk mengekalka­n kebersihan alam sekitar ini pada tahap yang mampan pada setiap masa,” jelasnya.

Beliau berkata kawasan kediaman dan premis yang bersih mampu menjamin tiada unsur-unsur yang boleh menyebabka­n merebaknya penyakit berjangkit seperti demam denggi dan sebagainya.

Katanya lagi, budaya menjaga kebersihan haruslah dijadikan amalan dalam kehidupan harian.

 ??  ?? PETER Hii mendengar masalah salah seorang peniaga sekaligus melihat kebersihan persekitar­an.
PETER Hii mendengar masalah salah seorang peniaga sekaligus melihat kebersihan persekitar­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia