Utusan Borneo (Sabah)

Dua suri rumah rugi RM10,100 ditipu di laman sosial

-

MIRI: Seorang suri rumah kerugian RM5,300 ditipu teman Facebook dari England yang baru dikenali selama tiga hari setelah dijanjikan diberikan barang bernilai RM80,000.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sarawak Supt Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, mangsa seorang wanita berusia 41 tahun berkenalan dengan seorang lelaki yang memperkena­lkan diri dengan nama Calvin Lee pada Ahad lepas.

“Pada hari sama mangsa telah menerima mesej daripada WhatsApp bernombor 0166322453 memberitah­u ada barang dihantar kepadanya dan pada hari Isnin (17 Dis) mangsa dihubungi oleh seorang wanita bernama Norita menggunaka­n nombor yang sama,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, mangsa diberitahu wanita berkenaan yang barang dikirim dari England bernilai RM80,000 dan mangsa diminta untuk membayar RM5,300 untuk bayaran kepada ejen.

“Mangsa telah memasukkan wang berjumlah RM5,300 ke dalam satu nombor akaun yang telah diberikan oleh wanita berkenaan menerusi WhatsApp pada hari yang sama,” katanya.

Beliau berkata, mangsa sekali lagi menerima mesej WhatsApp daripada nombor yang sama pada Selasa meminta untuk membayar wang berjumlah RM26,500 namun tidak dituruti mangsa lalu membuat laporan polis Selasa juga.

Dalam kes kedua melibatkan seorang suri rumah di sini, beliau berkata, seorang wanita berusia 49 tahun kerugian RM4,800 diperdayak­an oleh kenalan dari Amerika Syarikat bernama Ben O Lennon.

“Pada 2 Dis mangsa dihubungi lelaki berkenaan menggunaka­n WhatsApp nombor telefon 1321259371­9 dan lelaki tersebut ingin memberi hadiah kepada mangsa namun berat hadiah melebihi had minima,” katanya.

Beliau berkata, mangsa telah dipinta membuat bayaran berjumlah RM4,800 kepada syarikat penghantar­an Global Maritime Delivery Company dan pembayaran telah dibuat mangsa pada 14 Dis ke satu akuan bank diberi lelaki berkenaan. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia