Utusan Borneo (Sabah)

PERSADA CARE 3.0 beri sumbangan, khidmat kepada masyarakat

-

LIKAS: Seramai 17 orang ahli Permuafaka­tan Siswa-siswi Felda (PERSADA) menyertai program PERSADA CARE 3.0 yang bertempat di Wad Kanak-Kanak, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kota Kinabalu pada 9 Disember 2018 bermula jam 10 pagi sehingga 12 tengahari.

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada ahli PERSADA untuk terlibat dengan program khidmat masyarakat.

Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memupuk semangat keinginan ahli PERSADA untuk memberi sumbangan kepada masyarakat­denganmela­kukan aktiviti kesukarela­wan.

Di samping itu, ia juga dapat mengeratka­n hubungan silaturahi­m antara ahli PERSADA bersama kanakkanak.

Program itu dapat menanam sifat syukur dalam diri setiap ahli PERSADA atas nikmat kesihatan yang baik yang telah diberikan dengan sentiasa menghargai masyarakat di sekeliling yang kurang bernasib baik.

Dengan tema ‘Di sini Kasih Terjalin’ yang telah diinspiras­ikan oleh pengarah program, Izah Mastura Murshidi percaya bahawa program yang berlangsun­g selama setengah hari itu sedikit sebanyak dapat membuka minda ahli kelab PERSADA untuk sentiasa bersyukur dengan apa yang dimiliki dan kecapi kerana tidak semua insan mempunyai apa yang kita miliki dalam kehidupan ini.

Turut hadir Pegawai Penyelaras PERSADA, Mohd Alwi Osman, Matron Helen Lajewin dan Sister Rosina selaku wakil Hospital Wanita dan Kanak-Kanak, Sabah.

 ??  ?? PENYAMPAIA­N cenderahat­i kepada pihak HWDKK Likas.
PENYAMPAIA­N cenderahat­i kepada pihak HWDKK Likas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia