Utusan Borneo (Sabah)

11 rumah fasa pertama PBRS hampir siap

-

MIRI: Sejumlah 11 rumah yang layak menerima peruntukan khas Program Baik Pulih Rumah Rakyat Sarawak (PBRS) di Kampung Haji Wahed Miri hampir 80 peratus siap.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Piasau Datuk Sebastian Ting berkata, ia adalah projek baik pulih fasa pertama yang membabitka­n 25 pemohonan di kampung terbabit.

“Setakat ini 11 daripada 25 pemohonan itu telah berada dalam kerja-kerja pelaksanaa­n, sementara selebihnya dijangka dilaksanak­an dalam fasa kedua tahun depan,” katanya semasa melawat tapak projek PBRS di Kampung Haji Wahed semalam.

Setiap ADUN tambahnya, diberikan peruntukan RM1 juta untuk membantu rakyat miskin dalam kerja-kerja baik pulih rumah mereka.

Ting berkata, tahun ini sejumlah RM500,000 disalurkan bagi PBRS sementara selebihnya akan disalurkan bermula tahun depan.

“Menerusi peruntukan khas ini, rakyat akan dibantu untuk kerja baik pulih kediaman dan mereka yang layak akan dikenal pasti atau disahkan oleh ketua kampung atau penghulu,” ujarnya.

Semua projek katanya, akan dilaksanak­an secara gotong- royong bagi yang layak termasuk mereka yang berdaftar di bawah program eKasih serta golongan isi rumah berpendapa­tan rendah (B40).

“Peruntukan akan disalurkan untuk mereka membaik pulih rumah secara gotong royong atau menerusi pihak kontraktor terpulang kepada keadaan atau keperluan rumah,” jelasnya.

Ting menambah, ada rumah memerlukan atap baharu, dinding rumah yang kukuh dan sebagainya bergantung kepada struktur asas rumah terbabit.

SelainKamp­ungHajiWah­ed, PBRS juga disalurkan ke kampung lain seperti Kampung Lereng Bukit, Kampung Piasau dan sebagainya.

Hadir ialah Penghulu Samad Ali dan Setiausaha Jawatankua­sa Keselamata­n dan Kemajuan Kampung (JKKK) Kampung Lereng Bukit Abdul Hamid Salim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia