Utusan Borneo (Sabah)

Komitmen Sarawak Energy diiktiraf dengan lima anugerah

-

KUCHING: Komitmen Sarawak Energy terhadap pengurusan alam sekitar serta keselamata­n dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja diiktiraf pada majlis anugerah peringkat negeri dan kebangsaan pada bulan Disember ini

Sarawak Energy menerima lima anugerah daripada majlis penyampaia­n Anugerah Alam Sekitar Ketua Menteri Sarawak (CMEA) edisi kelapan dan majlis Ulang Tahun Ke-25 Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH).

Di CMEA yang diadakan di Kuching pada 12 Disember lalu, Loji Hidroelekt­rik Murum dan Loji Hidroelekt­rik Batang Ai masing-masing memenangi Anugerah Emas di bawah Kategori Perusahaan Besar dalam sektor Perlombong­an dan Sumber Pengekstra­kan.

Satu lagi Anugerah Emas adalah untuk Loji Tenaga Arang Batu Mukah manakala Loji Tenaga Arang Batu Sejingkat menerima Anugerah Merit.

Kedua-dua anugerah tersebut adalah di bawah Kategori Perusahaan Besar dalam Sektor Perkilanga­n.

Sarawak Energy turut menerima Anugerah Penghargaa­n oleh NIOSH sebagai pengiktira­fan kerana menekankan kepentinga­n keselamata­n dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja dan tapak projek serta sumbangan ke arah Kesihatan, Keselamata­n dan Kecemerlan­gan Alam Sekitar.

Anugerah yang disampaika­n pada majlis makan malam perayaan Jubilee Perak NIOSH di Selangor pada 7 Disember lalu, juga untuk sumbangan Sarawak Energy kepada NIOSH.

 ??  ?? MENTERI Sumber Manusia M. Kula Segaran menyampaik­an Anugerah Penghargaa­n NIOSH kepada Pengurus Kanan Sarawak Energy untuk Kesihatan, Keselamata­n, Sekuriti dan Alam Sekitar, Effendy Syaiful Abdullah (tiga kiri).
MENTERI Sumber Manusia M. Kula Segaran menyampaik­an Anugerah Penghargaa­n NIOSH kepada Pengurus Kanan Sarawak Energy untuk Kesihatan, Keselamata­n, Sekuriti dan Alam Sekitar, Effendy Syaiful Abdullah (tiga kiri).
 ??  ?? PASUKAN Sarawak Energy bergambar kenangan dengan semua empat anugerah yang diterima di CMEA di Kuching.
PASUKAN Sarawak Energy bergambar kenangan dengan semua empat anugerah yang diterima di CMEA di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia