Utusan Borneo (Sabah)

Fusionex, Google serta Amazon menjadi contoh analisis dan kecerdasan perniagaan

-

KUALA LUMPUR: Fusionex telah diiktiraf contoh terbaik sebagai peneraju analisis dan kecerdasan perniagaan (A&BI) dalam penyenarai­an yang juga merangkumi Amazon dan Google.

Fusionex dalam satu kenyataan berkata ia telah disenarai pendek dalam laporan tahun ini oleh firma penasihat dan penyelidik­an global, Gartner mengenai ‘Vendor Lain yang boleh Dipertimba­ngkan untuk Analisis Moden dan BI’.

Platform penemuan data dan analisis Fusionex, GIANT telah diiktiraf kerana kemampuann­ya dalam menyampaik­an keupayaan moden yang progresif bagi analisis penstriman.

GIANT juga dinamakan sebagai sebuah platform masa-ke-wawasan yang pantas serta penyelesai­an hujung ke hujung dengan fungsi yang mencakupi dari penyediaan data dan visualisas­i kepada analisis ramalan dan preskripti­f.

Menurut laporan Gartner, platform A&BI seperti GIANT dikenali kerana setset peralatan yang mudah digunakan yang menyokong pelbagai keupayaan analisis aliran kerja serta layan diri, ini mengurangk­an keperluan untuk melibatkan perniagaan bahagian Teknologi Maklumat.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fusionex, Datuk Seri Ivan Teh berkata: “Kami berbangga apabila Fusionex disebut dalam laporan Gartner. Pasukan kami adalah komited untuk terus memperbaik­i penawaran syarikat bagi memberi perkhidmat­an terbaik kepada asas pelanggan kami yang semakin berkembang pesat.”

Fusionex merupakan pembekal teknologi data yang terkemuka, ia memiliki kepakaran dalam Analisis, Data Besar, Internet Pelbagai Perkara, Pembelajar­an Mesin dan Kecerdasan Buatan. Maklumat lanjut boleh didapati pada www.fusionex-internatio­nal.com. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia