Utusan Borneo (Sabah)

Pochettino tidak tolak kemungkina­n ganti Mourinho

-

LONDON, England: Pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino tidak menolak untuk menggantik­an tempat Jose Mourinho di Manchester United,

Pochettino difahamkan menjadi calon pilihan untuk menggantik­an Mourinho, yang dipecat awal hari Selasa lepas.

Pengurus kelahiran Argentina itu menandatan­gani kontrak baharu lima tahun bersama Spurs pada bulan Mei dan ada bercakap panjang lebar tentang mahu terus kekal di kelab ketika mereka membuat persediaan untuk berpindah ke stadium baharu.

Tetapi laporan ekoran pemecatan Mourinho mencadangk­an Pochettino secara tertutup terbuka tentang kemungkina­n berpindah ke Old Trafford.

Pengurus berusia 46 tahun itu difahamkan kecewa dengan kekurangan sokongan dari kelab dalam pasaran perpindaha­n pemain – dengan kelab gagal membuat sebarang pembelian pada penutup musim.

Pochettino juga kecewa dengan struktur gaji yang ketat di kelab dan kegagalan pengerusi kelab, Daniel levy untuk menjual pemain yang beliau tidak perlukan lagi.

Mungkin menyedari beliau mungkin harus berdepan dengan perbelanja­an ketat di Spurs untuk beberapa tahun lagi kerana pembinaan tertangguh dan mahal stadium, menyebabka­n Pochettino terbuka untuk berhijrah ke United apabila beliau sendiri mengakui beliau tidak dapat meramalkan apa yang akan berlaku pada akhir musim. “Apa yang akan berlaku pada musim panas nanti? Apa yang akan berlaku esok? Tiada siapa tahu. Apa yang paling penting ialah menikmati perjalanan­nya. Saya berasa sangat gembira di sini,” kata beliau kepada wartawan Selasa lepas. “Apa yang akan berlaku tidak di tangan kami, maksud saya keputusan kelab lain, kami tidak tahu. Ia bukan urusan saya dan saya tidak akan membuang masa atau tenaga kerana fokus dan tenaga saya adalah kepada Tottenham.” Pochettino, yang membuat persediaan perlawanan suku akhir Piala Liga menentang Arsenal, menegaskan beliau gembira di kelab, di mana beliau mendapat reputasi sebagai salah seorang pengurus muda paling berbakat di dunia.

Spurs berada di tangga ketiga liga sementara United di tangga keenam. “Ia bukan urusan saya jika sesuatu berlaku di kelab lain,” kata beliau. “Saya gembira di Tottenham dan saya mempunyai baki kontrak empat tahun setengah lagi. Ada banyak khabar angin tetapi lihat, saya gembira di sini cuba untuk memberikan yang terbaik kepada kelab.” — AFP

 ??  ??
 ??  ?? POCHETTINO
POCHETTINO
 ?? Reuetrs — Gambar ?? MOURINHO dirakam menaiki kenderaan meninggalk­an kediamanny­a di Manchester, Britain kelmarin.
Reuetrs — Gambar MOURINHO dirakam menaiki kenderaan meninggalk­an kediamanny­a di Manchester, Britain kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia