Utusan Borneo (Sabah)

Ketangkasa­n Muric halang The Foxes teruskan kemaraan

City mara ke peringkat separuh akhir Piala Liga Inggeris selepas singkir Leicester menerusi penentuan sepakan penalti Selasa lepas

-

LONDON, England: Manchester City terselamat penentuan sepakan penalti untuk melangkah ke peringkat separuh akhir Piala Liga Inggeris apabila penjaga gol mudanya, Arijanit Muric beraksi tangkas untuk mengenepik­an Leicester City Selasa lepas.

Skuad bimbingan Pep Guardiola itu membuka jaringan apabila Kevin De Bruyne meraikan kepulangan dari kecederaan dengan penyudah cantik dalam separuh masa pertama perlawanan di Stadium King Power.

Marc Albrighton bagaimanap­un mengikat kedudukan pada lewat permainan tetapi City menang 3-1 menerusi penentuan sepakan penalti.

Muric, yang membuat penampilan kedua bersama kelab dengan Ederson direhatkan, men- curi perhatian apamenepis bila dua tendangan penalti untuk memtu bantu pasukannya ke separuh akhir.

Beberapa jam selepas Jose Mourinho dipecat sebagai pengurus Manchester United, City mempunyai peluang memburu kejuaraan ketiga sejak dibimbing Guardiola.

Ia tidak menghairan­kan apabila penyokong City bersorak menyindir “kembalikan Mourinho”.

“Satu perlawanan sukar, ia sentiasa suka di Leicester. Kami bermain dengan seorang pemain (Eric Garcia) yang berusia 17 tahun dan beberapa pemain yang cedera tetapi ia satu perlawanan yang menarik,” kata Guardiola.

City mempunyai 87 peratus penguasaan di awal permainan dan asakan demi asakan membuahkan hasil pada minit ke-14 apabila De Bruyne mengawal bola di hujung kotak penalti sebelum merembat menewaskan penjaga gol Danny Ward.

Ia adalah saat manis buat De Bruyne pada penampilan ketujuh beliau musim ini selepas mengalami dua kecederaan lutut.

Pemain tengah antarabang­sa Belgium itu membuat penampilan kesebelasa­n utama yang pertama beliau sejak cedera pada perlawanan Piala Liga menentang Fulham, 1 November lepas.

Riyad Mahrez juga beraksi kali pertama di Leicester sejak perpindaha­n ke City pada penutup musim.

Beliau hampir menambah jaringan tetapi rembatan dari bola muntah rembatan Brahim Daiz, melambung tinggi. Leicester mengikat

kedudukan pada minit ke-73 apabila Albrighton menyempurn­a umpanan Wilfred Ndidi.

City menewaskan Leicester juga menerusi penentuan sepakan penalti di peringkat yang sama musim lepas. Pada perlawanan suku akhir lain, kelab divisyen tiga, Burton, melangkah ke peringkat separuh akhir yang pertama mereka apabila mengejutka­n kelab divisyen dua, Middlesbro­ugh 1-0.

Di tangga keenam Liga Kejuaraan, Middlesbro­ugh mempunyai beberapa peluang sebelum dihukum oleh Burton, yang berada di tangga ke-15 Liga Satu dan menjadi pasukan pertama dari divisyen ketiga dan ke bawah yang melangkah ke separuh akhir sejak Sheffield United melakukann­ya pada musim 2014/2015.

Gol kemenangan Burton dijaringka­n Jake Hesketh pada minit ke-48. — AFP

 ?? — Gambar AFP — Gambar AFP ?? KETANGKASA­N
Muric menepis dua tendangan penalti pada perlawanan suku akhir menentang Leicester di Stadium King Power Selasa lepas memastikan Manchester City melangkah ke peringkat separuh akhir Piala Liga Inggeis. KE SEPARUH AKHIR: Reaksi Guardiola ketika meraikan kejayaan pasukannya selepas tamat perlawanan di Stadium King Power, Leicester, Selasa lepas.
— Gambar AFP — Gambar AFP KETANGKASA­N Muric menepis dua tendangan penalti pada perlawanan suku akhir menentang Leicester di Stadium King Power Selasa lepas memastikan Manchester City melangkah ke peringkat separuh akhir Piala Liga Inggeis. KE SEPARUH AKHIR: Reaksi Guardiola ketika meraikan kejayaan pasukannya selepas tamat perlawanan di Stadium King Power, Leicester, Selasa lepas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia