Utusan Borneo (Sabah)

Polis tumpas geng pecah rumah dan kedai,tahan tujuh lelaki

-

BUKIT MERTAJAM: Polis berjaya menumpaska­n geng pecah rumah berikutan penahanan tujuh lelaki dalam beberapa serbuan di sekitar Bukit Tengah dan Juru, di sini serta merampas pelbagai barangan elektrik hasil kegiatan jenayah mereka pada Rabu dan Khamis.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata bertindak hasil maklumat dan risikan yang dijalankan, polis menahan seorang lelaki berusia 23 tahun di rumahnya di Taman Mangga, Juru di sini pukul 11 malam Rabu dan merampas sejumlah dadah bersamanya.

“Hasil penahanan lelaki itu, polis menyerbu beberapa buah rumah di sekitar Bukit Tengah dan menahan enam lagi rakannya berusia 16 hingga 35 tahun sebelum merampas pelbagai barangan elektrik antaranya ketuhar, set pancuran mandian air panas, kipas angin dan televisyen serta dapur seramik.

“Siasatan mendapati semua barangan dirampas itu adalah hasil kegiatan pecah rumah dan kedai kumpulan berkenaan di sekitar daerah SPT sejak beberapa bulan lepas dan berdasarka­n siasatan, mereka dipercayai menjual barangan curi itu kepada seorang pemilik kedai elektrik dengan harga murah,” katanya di sini pada Jumaat.

Katanya modus operandi kumpulan itu ialah membuat tinjauan di rumah atau kedai terlebih dahulu sebelum memecah masuk premis terbabit pada awal pagi bagi mengelak dikesan pemiliknya.

Nik Ros Azhan berkata siasatan awal mendapati kumpulan itu terlibat sekurang-kurangnya lebih 10 kes pecah rumah dan pecah kedai membabitka­n kerugian lebih RM50,000 dan semua mereka yang positif dadah itu kini direman untuk siasatan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia