Utusan Borneo (Sabah)

Papan tanda berbahasa mandarin di kawasan tumpuan pelancong

Disediakan di kawasan tumpuan pelancong

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Papan tanda berbahasa mandarin akan diletakkan di kawasan tumpuan ramai untuk memberi kesenangan pelancong khususnya dari China yang melawat bandaraya ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew berkata, perkara itu sudah dibincangk­an dengan pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan bersetuju untuk melaksanak­an.

“Ia adalah demi kesenangan pelancong khususnya China datang ke sini ke destinasid­estinasi pelanconga­n itu.

“Tidak semuanya mereka datang secara rombongan, ramai juga dalam kalangan mereka adalah Pengembara Persendiri­an Bebas (FIT) dan sangat bergantung kepada aplikasi dalam telepon pintar untuk sampai ke destinasi tertentu.

“Dengan adanya papan tanda berbahasa mandarin itu, cara ini juga akan memberikan keselesaan kepada mereka untuk sampai ke destinasi berkenaan,” katanya dalam sidang media sempena Industri Pelanconga­n Sabah menjadi penerima Anugerah Kepimpinan Icon Jenama BrandLaure­ate 2018, di sini pada Jumaat.

Beliau yang juga Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar menjelaska­n pihaknya kini bekerjasam­a dengan Jabatan Imigresen dan Malaysia Airport untuk memberikan perkhidmat­an menterjema­h bahasa kepada pelancong China di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu(LTAKK).

Sementara itu, Christina optimistik kementeria­nnya mampu mencapai sasaran kemasukan sejumlah 4 juta pelancong ke Sabah pada tahun hadapan.

“Jumlah itu adalah peningkata­n 4 peratus berbanding sasaran tahun ini iaitu 3.8 juta pelancong. Sasaran utama masih kepada pelancong dari China dan negara asia yang lain.

“Bermula tahun depan juga kita akan menguatkan lagi promosi kita kepada negaranega­ra eropah,” katanya.

Dalam pada itu, Christina menjelaska­n anugerah yang diterima itu sekaligus menjenamak­an Sabah sebagai salah satu destinasi pelanconga­n terkemuka di persada dunia.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Pengurus Besar Lembaga Pelanconga­n Sabah, Suzaini Sabdin Ghani serta tetamu kehormat yang lain.

 ??  ?? CHRISTINA (tengah) memegang anugerah Kepimpinan Icon Jenama BrandLaure­ate 2018.
CHRISTINA (tengah) memegang anugerah Kepimpinan Icon Jenama BrandLaure­ate 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia