Utusan Borneo (Sabah)

80,000 DIKENAL PASTI

LHDNM saran mereka sertai PKPS sebelum 30 Jun depan

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) mengenal pasti seramai 80,000 pembayar cukai di seluruh negara gagal menjalanka­n tanggungja­wab percukaian, termasuk golongan ahli politik.

Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM Datuk Seri Sabin Samitah sehubungan itu berkata mereka yang gagal membayar cukai dinasihatk­an menyertai Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS).

“Program itu sudah bermula pada 3 November lalu dan akan tamat pada 30 Jun 2019. Program ini menawarkan kadar penalti yang sangat rendah iaitu hanya 10 dan 15 peratus berbanding kadar penalti asal iaitu 80 sehingga 300 peratus bermula pada 1 Julai depan.

“Pengakuan sukarela yang dibuat akan diterima secara suci hati tanpa semakan lanjut oleh LHDNM.

“Dengan ini, LHDNM menyeru semua pembayar cukai di Malaysia khususnya Sabah yang mempunyai isu pematuhan cukai agar merebut tawaran menarik yang disediakan LHDMN,” katanya dalam sidang media di sini pada Jumaat.

Untuk Sabah katanya, seramai 148 pembayar cukai yang melibatkan sejumlah RM8.1 juta sudah membuat pengakuan secara sukarela sejak program itu dilaksanak­an.

Katanya, LHDNM Sabah juga menunjukka­n peningkatk­an sebanyak 1.53 peratus dalam kutipan cukai pada 2018 berbanding tempoh sama tahun lepas.

“Jumlah itu melibatkan peningkata­n berjumlah RM55 juta dan hasil kutipan cukai sehingga 30 November lalu di sini adalah bernilai RM3.666 bilion,” katanya.

Sementara itu katanya, berdasarka­n statistik Seksyen 104 Akta Cukai Pendapatan 1967 sekatan perjalanan ke luar negara di Sabah setakat bulan 30 November lepas adalah melibatkan seramai 1, 841 pembayar cukai.

Katanya, jumlah itu melibatkan nilai tunggakan cukai sebanyak RM130.2 juta berbanding 2017 RM170.6 juta yang melibatkan 3, 544 pembayar cukai.

Dalam majlis itu, Sabin turut menyaksika­n upacara serah tugas Pengarah LHDNM Sabah daripada Suhaili Sudin kepada Datuk Hajam Lajah Alam yang berkuatkua­sa bermula 1 Januari 2019.

 ??  ?? SABIN (belakang, tengah) menyaksika­n Suhaili (kanan) menyerahka­n nota tugas kepada Hajam.
SABIN (belakang, tengah) menyaksika­n Suhaili (kanan) menyerahka­n nota tugas kepada Hajam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia