Utusan Borneo (Sabah)

Belia diminta sesuaikan diri dalam sektor industri tempatan

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Selaras usaha memperluas kualiti modal insan negara, golongan belia perlu dilatih dengan baik agar dapat menyesuaik­an diri dalam sektor industri tempatan.

Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran berkata, ia merupakan satu kelebihan bagi belia terlatih dan berkemahir­an tinggi kerana mereka berpeluang untuk mendapat pekerjaan dengan tawaran gaji yang lebih baik.

Beliau berkata sudah tiba masanya institut pembelajar­an vokasional seperti Institut Latihan Perindustr­ian (ILP) untuk mempergiat usaha mereka menarik lebih ramai belia berbilang kaum untuk belajar di institut berkenaan.

“Bagaimanap­un, ke arah itu ILP sendiri perlu sentiasa relevan dalam menawarkan kursus yang berasaskan kepada keperluan industri semasa. Ini bagi membolehka­n belia mengisi tenaga kerja di tempat masing-masing.

“ILP merupakan salah satu platform bagi belia untuk belajar dan mempersiap­kan diri dengan kemahiran tanpa perlu berdepan yuran pengajian yang tinggi. Oleh itu, belia perlu mengambil peluang ini,” katanya ketika mengadakan lawatan kerja ke ILP Sandakan pada Jumaat.

Hadir sama dalam lawatan kerja itu ialah Pengarah ILP Sandakan, Mohd Raris Mohamed Yusof dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura, Calvin Chong.

Mengulas lanjut, M. Kula kesal kerana ILP Sandakan hanya mempunyai 400 pelajar ketika ini sedangkan institut itu boleh menampung sehingga 600 pelajar.

Berikutan itu, beliau mencadangk­an agar ILP Sandakan berusaha menarik lebih ramai pelajar Cina untuk belajar di institut berkenaan.

Untuk rekod, ketika ini hanya tiga peratus pelajar Cina belajar di ILP Sandakan.

Dalam pada itu, M. Kula juga menggalakk­an syarikat swasta bekerjasam­a dalam bidang pendidikan dengan menaja pelajar, membeli mesin atau membiayai kemudahan institut awam melalui Private-Public Partnershi­p (PPP).

Katanya, penglibata­n syarikat swasta dalam membantu pelajar vokasional dan institut latihan bukan sahaja membolehka­n mereka menggaji tenaga kerja mahir pada masa akan datang malah syarikat terlibat juga boleh mendapat potongan cukai.

 ??  ?? M. KULA Segaran ketika mengadakan lawatan kerja ke ILP Sandakan pada Jumaat.
M. KULA Segaran ketika mengadakan lawatan kerja ke ILP Sandakan pada Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia