Utusan Borneo (Sabah)

Syarikat, individu diminta patuhi SOP jalankan aktiviti

-

TAMBUNAN: Pegawai Daerah Tambunan Jumain Abdul Ghani meminta syarikat dan individu termasuk masyarakat setempat agar mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ketika menjalanka­n aktiviti pengeluara­n sisa-sisa kayu di daerah ini.

“Hanya daerah Tambunan sahaja yang ada peraturan berkaitan tatacara pengurusan dan pengeluara­n kayu dari kawasan hutan yang merupakan tanah bergeran milik individu untuk memastikan aktiviti itu dapat dikawal.

“Ini saranan kerajaan negeri untuk mengekalka­n kawasan tadahan air dalam kawasan tanah individu berkenaan dan mengelak berlaku kekurangan air pada musim kemarau serta banjir besar pada musim hujan ,” katanya pada mesyuarat bersama jabatan kerajaan negeri dan persekutua­n dan syarikat terlibat aktiviti itu, di sini pada Khamis.

Sebanyak 50 syarikat serta individu dan pemilik tanah bergeran termasuk ketua jabatan kerajaan negeri dan persekutua­n, wakil pejabat Peguam Negara dan wakil parti politik hadir pada mesyuarat itu.

Jumain berkata ini juga mengelak berlakunya kekurangan bekalan air semasa musim kemarau dan terjadinya banjir kilat semasa hujan seperti yang berlaku di daerah ini beberapa bulan lepas yang turut mengakibat­kan banjir selain hakisan pada hutan yang merupakan kawasan tadahan air.

Jumain berkata, melalui SOP pihak pentadbira­n meminta syarikat yang hendak melakukan aktviti pengeluara­n sisa hutan akibat dari pembukaan tanah atau yang sering kita gelar kayu balak, untuk terus berjumpa dengan pihak pentadbira­n daerah Tambunan iaitu Pejabat Daerah untuk menyatakan hasrat mereka dan bukannya berurusan dengan pemilik tanah.

Katanya, sememangny­a pemilik tanah mempunyai hak mutlak ke atas tanah bergeran mereka, tapi untuk masuk ke tanah tersebut, perlu membuat jalan raya dan dalam pembikinan jalan laluan jentera ke tanah individu bergeran, perlu melalui kawasan tanah sama ada milik individu lain atau milik kerajaan yang tidak berkaitan dengan hak hak mutlak pemilik geran untuk tanah yang akan dibuka,” katanya.

“Dengan melalui SOP yang ditetapkan, permohonan syarikat tersebut akan diproses melalui lapan jawatan kuasa teknikal terdiri jabatanjab­atan kerajaan terdiri Jabatan Perhutanan, Jabatan Kesihatan, Jabatan Pengairan dan Saliran, Penolong JuruUkur Daerah, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Air, Jabatan Perlindung­an Alam Sekitar dan Pejabat Daerah.

“Proses permohonan adalah dalam sekitar dua minggu hingga empat minggu berbanding dengan sebelum ini iaitu selama tiga bulan .

“Salah satu SOP yang telah ditetapkan adalah memastikan geran tanah perlu disahkan terlebih dahulu oleh Penolong Pemungut Hasil Tanah (PPHT) sebelum sebarang kebenaran diberikan oleh Jabatan Perhutanan Daerah kepada pihak syarikat untuk memasuki kawasan tanah bergeran tersebut.

“Ini bagi meminimumk­an kerosakan yang terjadi akibat proses pengeluara­n sisa hutan dan melalui jawatankua­sa teknikal ini, kita boleh menilai serta mencadangk­an mana-mana laluan yang boleh digunakan untuk mengurangk­an kerosakan ke atas alam serta mengurangk­an risiko para syarikat dari dikenakan kompaun sekiranya berlaku perlanggar­an undangunda­ng semasa aktiviti dijalankan,” katanya.

Jumain berkata, SOP pengeluara­n sisa sisa kayu dalam tanah bergeran di daerah telah diamalkan sejak tahun 1994 sehingga kini yang melalui transforma­si penambahba­ikan pemprosesa­n permohonan dari tiga bulan ke empat minggu .

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia