Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan negeri Sabah tamat kontrak enam syarikat kendali loji rawatan air

-

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri telah mengambil keputusan untuk menamatkan kontrak enam syarikat yang mengendali­kan sebanyak 58 Loji Rawatan Air (LRA) di seluruh Sabah berkuatkua­sa 15 Jan 2019.

Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Sabah, Datuk Peter Anthony berkata keputusan itu diambil disebabkan kerajaan tidak mampu menampung kos yang dibayar kepada kesemua syarikat berkenaan kerana ia terlalu tinggi.

“Dengan mengambil kira pelbagai faktor termasuk kekangan kewangan daripada kerajaan, kita telah membuat keputusan menamatkan semua kontrak Perkhidmat­an Pengurusan LRA di bawah kontrak “Outsource” berkenaan dan semua tanggungja­wab mengoperas­ikan serta menyelengg­ara loji-loji berkenaan diambil alih oleh Jabatan Air Negeri Sabah (JANS).

“Enam syarikat terlibat ialah Arawira Sdn Bhd, Yuda Water Sdn Bhd, Akal Kukuh Sdn Bhd, Sahabat Megajuta Sdn Bhd, Harmony Water Sdn Bhd, dan syarikat BYT Vision Sdn Bhd,” katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Beliau berkata dengan penamatan kontrak berkenaan, kerajaan negeri boleh menjimatka­n lebih RM1 bilion kerana kerajaan perlu membayar RM15 juta sebulan dalam tempoh 20 tahun berdasarka­n perjanjian dimeterai kerajaan terdahulu.

Beliau berkata kerajaan sebelum ini terpaksa membayar RM15 juta sebulan kepada kesemua kontraktor berkenaan dan ia belum termasuk bayaran alat ganti untuk loji yang turut ditanggung kerajaan menyebabka­n jumlah kos ditanggung untuk 58 loji rawatan air di seluruh negeri sangat tinggi.

Peter berkata susulan penamatan kontrak syarikat berkenaan JANS akan menyerap kesemua pekerja yang bekerja dengan syarikat itu sebelum ini dan ia melibatkan 1,335 pekerja di kesemua 58 loji berkenaan.

“Berdasarka­n perkiraaan yang dilakukan, walapun JANS menyerap masuk kesemua pekerja, namun kerajaan hanya memerlukan kira-kira RM3 atau RM4 juta sebulan untuk mengajikan mereka dan ia jauh lebih rendah daripada RM15 juta yang dibayar kepada syarikat berkenaan sebelum ini,” tambahnya.

Beliau berkata pada masa ini, terdapat 83 LRA di Sabah dengan 14 LRA dikendalik­an oleh syarikat konsesi bekalan air, 11 LRA dikendalik­an oleh JANS dan 58 lagi dikendalik­an oleh enam syarikat berkenaan.

 ??  ?? PETER
PETER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia