Utusan Borneo (Sabah)

Rem Dambul saintis pelukis dudel, penulis kreatif jadi hos di Kota Damansara

- Oleh HENRY BATING

KUALA LUMPUR: Saintis Klimatolog­i Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof Madya Dr Ramzah Dambul yang juga penggerak kesusaster­aan etnik Sabah, penulis karya kreatif dan pelukis dudel menjadi hos program kesenian di Coffe Bay, Sunway Nexis, Kota Damansara 29 Disember depan.

Ramzah anak jati Kundasang yang akrab dengan panggilan Rem akan tampil bersama seniman kreatif Saharil Hasnin Sanin dalam program ‘Sepetang Bersama Dr Rem Dambul’ selama dua jam bermula 2.30 petang.

“Program ini memang sangat jarang, mungkin hanya berlaku sekali dalam setiap millennia, bukan mudah bergabung dengan Saharil dalam satu acara. Penulis Borneo dan Malaya paling hot,” seloroh Rem sambil menambah tengok lima batu pun sudah rasa melecur seluruh badan.

Rem yang sedang menjalanka­n tugas sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Kementeria­n Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim berkata program itu adalah peluang berharga di mana 20 hadirin terawal akan menikmati minuman kopi burjuis yang sedap penuh aroma tanpa bayar.

Di samping memberi peluang kepada hadirin menyaksika­n produksi karya secara ‘live’ program anjuran RaRe Estudio itu juga menjadi pentas jualan produk eksklusif, karya seni dan sastera Rem Dambul seperti lukisan dudel, kalender, diari, poskad, book markers, zine, serta buku-buku travelog dan puisi.

Kalangan peminat seni kreatif boleh membelekbe­lek pelbagai produk yang ditampilka­n nanti di samping boleh mendapatka­n maklumat lanjut melalui media sosial @ RareEstudi­o instagram.

 ??  ?? PENAMPILAN seni Rem Dambul.
PENAMPILAN seni Rem Dambul.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia