Utusan Borneo (Sabah)

Laporan forensik Adib siap beberapa hari lagi: Muhyiddin

-

MUAR: Polis akan mengeluark­an laporan lengkap forensik kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim dalam beberapa hari lagi, Kata Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin berkata beliau telah diberi taklimat berhubung laporan tersebut oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Bercakap kepada pemberita selepas menyerahka­n bantuan persekolah­an kepada 550 murid dalam program Jom Ke Sekolah 2019, peringkat Parlimen Pagoh di Kompleks Sukan Pagoh di sini, Jumaat, beliau berkata pihaknya akan mempertimb­angkan kemungkina­n untuk mengumumka­n laporan kematian anggota bomba itu kepada umum mengikut keperluan dan kesesuaian.

Dalam kejadian awal pagi 27 Nov lalu, Muhammad Adib, 24, yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmat­an Kecemasan Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, cedera parah dipercayai dipukul sekumpulan perusuh di hadapan kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya dan beliau meninggal dunia pada 17 Dis.

Mengulas mengenai kenyataan penasihat DAP Lim Kit Siang bahawa pemimpin DAP, sama ada yang berada dalam kerajaan atau di luarnya akan meninggalk­an kerajaan Pakatan Harapan (PH) jika objektif Malaysia Baharu dipinggirk­an, Muhyiddin berkata beliau bersetuju dengan kenyataan tersebut.

“Yang penting sekarang bukan perasaan syak wasangka, tetapi semua parti komponen menentukan supaya matlamat Malaysia Baharu dapat dilaksanak­an namun ia tidak dapat dilakukan dalam tempoh hanya setahun.

“Kita nak buat Malaysia Baharu mungkin akan libatkan proses transforma­si, refomasi, ubah sikap, bakiti ekonomi dan perbaiki hubungan antara kaum,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia