Utusan Borneo (Sabah)

Enam individu kena denda, memiliki loteri awam haram

-

KOTA KINABALU: Lima lelaki dan seorang wanita masing-masing dikenakan denda oleh Mahkamah Majistret di sini, atas kesalahan memiliki loteri awam haram.

Seorang wanita Chong Siau Jin, 60, dan Liaw Kuan Teck, 40, dikenakan denda RM2,600, Chong Tet Keong didenda RM2,500, manakala Julheykim Abdul Hatta, 21, Rabiatul Adwyah Abdullah, 24, dan Tei Kok Sow didenda RM2,400.

Bagaimanap­un jika gagal membayar denda terbabit, mahkamah mengarahka­n penjara selama tiga bulan dikenakan.

Mereka dikenakan hukuman itu selepas mengaku salah di depan Majistret Mohamad Afiq Abdul Rahim atas pertuduhan mengikut Seksyen 9 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Hukuman yang diperuntuk­kan jika sabit salah, denda maksimum RM5,000 atau penjara selama enam bulan, atau kedua-duanya.

Tet dan Julheykim masing-masing berada dalam milikan mereka enam helai kertas tercacat angka-angka loteri awam haram, pada 20 Mei dan 20 Oktober di belakang kedai buah, Jalan Teo Teck Ong dan Mengkabong Centre, Kampung Sekadar, Jalan Berungis, Tuaran.

Siau dan Liaw memiliki tujuh dan 10 helai kertas pertaruhan loteri awam haram, pada 10 dan 14 November di Kedai Hong Hing dan premis Red One, Jalan Pagoda, Tuaran.

Sementara Rabiatul dan Teo yang didakwa secara bersama memiliki sembilan helai kertas dipercayai untuk pertaruhan loteri awam haram, pada 18 Mac di kedai Long Hing, Jalan Balanting, Tuaran.

Semasa rayuan, semua tertuduh memohon hukuman mereka diringanka­n kerana perlu menanggung kos perbelanja­an keperluan isi rumah.

Liaw juga menyatakan hanya dibayar gaji sebanyak RM800 oleh majikannya, untuk melakukan pekerjaan terbabit selama setahun.

Dalam pada itu, Mohamad Aizat juga memberikan nasihat kepada semua tertuduh agar mencari pendapatan dengan cara tidak melanggar undangunda­ng.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia