Utusan Borneo (Sabah)

Dua lelaki dipenjara enam bulan, denda

Curi penutup longkang dan saluran tandas

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Dua lelaki dikenakan penjara enam bulan dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, atas dua kesalahan mencuri penutup besi longkang dan penutup saluran tandas.

Zainal Abidin Cappi, 26, dan Amran Medin, 36, masing-masing dijatuhkan hukuman berkenaan selepas mengaku salah di hadapan Majistret Mohamad Afiq Abd Rahim.

Pertama, pada 8 Disember jam 6.10 pagi di kedai Damas 118, Penampang, mereka mencuri dua penutup besi longkang dan satu penutup saluran tandas milik kedai terbabit.

Kedua, mereka sekali lagi mencuri lima penutup lubang saluran milik pengurusan Austin Business Park, Jalan Penampang, pada 11 Disember.

Kedua-dua pertuduhan berkenaan, mereka disabitkan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Hukuman yang diperuntuk­kan penjara selama tujuh tahun atau denda, atau kedua-duanya jika sabit salah.

Bagi setiap kesalahan itu, Zainal Abidin dan Amran dikenakan penjara tiga bulan dan denda RM1,000 atau gagal bayar penjara satu bulan.

Untuk setiap hukuman terbabit, mahkamah memerintah­kan mereka menjalani pemenjaraa­n secara berasingan.

Dalam pada itu, Zainal turut didakwa atas pertuduhan menggunaka­n dadah mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 21 Januari tahun depan terhadap tertuduh, sementara menunggu laporan kimia.

Pendakwaan berkenaan dilakukan Pegawai Pendakwa Insp Suzie@Stephanie Kupit.

“36, Zainal Abidin Cappi, 26, dan Amran Medin, masing-masing dijatuhkan hukuman berkenaan selepas mengaku salah di hadapan ” Majistret Mohamad Afiq Abd Rahim.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia