Utusan Borneo (Sabah)

Lagi PPR jadi ‘Taman Angkat’

Berikutan program pertama di PPR Sungai Manila capai kejayaan

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Ibu Pejabat Polis Daerah( IPD) Sandakan akan menjadikan sebuah lagi Projek Perumahan Rakyat (PPR) di daerah ini sebagai ‘Taman Angkat’ mereka.

Ketua Polis Daerah S anda kan, Asisten K o mi s ion e r Polis (ACP) Mohd Azhar Hamin berkata program itu diperluask­an selepas pelaksanaa­nnya buat kali pertama iaitu menjadikan PPR Sungai Manila sebagai Taman Angkat telah menunjukka­n perkembang­an positif.

Katanya, jumlah statistik bagi kes jenayah di PPR Sungai Manila bagi tempoh 1 Januari hingga 29 Ogos (sebelum menjadi Taman Angkat) termasuk lima kes meliputi tiga kes pecah rumah dan dua kes curi.

Manakala, bagi tempoh 30 Ogos hingga 21 Disember (selepas menjadi Taman Angkat), pihaknya merekodkan hanya satu kes melibatkan keganasan rumah tangga.

“Taman Angkat ini adalah satu daripada fokus kita terhadap mana-mana taman perumahan yang didapati

Azhar bersama para penerima sijil penghargaa­n sempena Perhimpuna­n Bulanan di IPD Sandakan, pada Jumaat.

mempunyai masalah dari segi sosial, jenayah dan dadah.

“Taman Angkat ini mendekatka­n lagi PDRM dengan taman terlibat. Kita dapat memastikan taman ini bebas dari masalah jenayah dan dadah menerusi rondaan secara kerap dan perbincang­an dengan penduduk setempat.

“Seperti di PPR Sungai Manila yang merupakan Taman Angkat kita yang pertama. Sebelum ini kita dapati banyak kejadian jenayah dan dadah berlaku. Tetapi selepas pelaksanaa­n Taman Angkat, kadar jenayah dan dadah berkuranga­n hasil kerjasama penduduk yang menyalurka­n maklumat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Perhimpuna­n Bulanan KPD Sandakan Bulan Disember 2018 di perkaranga­n IPD Sandakan di sini pada Jumaat.

Pada perhimpuna­n itu, Mohd Azhar turut menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada 19 penerima termasuk 11 wakil media tempatan.

Menurut beliau penghargaa­n itu diberikan kepada media dan orang awam yang telah banyak bekerjasam­a membantu pasukan polis dari segi penyaluran maklumat.

Beliau berharap kerjasama daripada media dan orang awam selama ini akan dapat diteruskan sampai bila-bila sesuai dengan moto “Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada”.

 ??  ?? MOHD
MOHD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia