Utusan Borneo (Sabah)

PSC diberi kuasa lantik Ketua Pesuruhjay­a SPRM

-

PUTRAJAYA: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang memperinci kaedah untuk membolehka­n pelantikan ketua pesuruhjay­anya diputuskan sendiri oleh suruhanjay­a itu termasuk mencadangk­an pelantikan menerusi Jawatankua­sa Pilihan Khas Parlimen (PSC).

Ketua Pesuruhjay­a SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata pelantikan melalui PSC bagaimanap­un memerlukan pindaan kepada Akta SPRM.

“Jika sukar mendapat sokongan dua pertiga Parlimen untuk membenarka­n SPRM memilih sendiri ketua pesuruhjay­a, kita boleh cuba dengan hanya meminda Akta SPRM dengan memasukkan klausa membenarka­n pelantikan dibuat PSC.

“Kita mahu mereka yang dilantik dapat melakukan tugas tanpa rasa gentar, tidak boleh dibuang begitu sahaja seperti jawatan hakim yang mana sebarang tindakan memerlukan kebenaran tribunal,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC) Tan Sri Abu Kassim Mohamed sempena taklimat Laporan Pencapaian Akhir Tahun Usaha-Usaha Memerangi Rasuah di Malaysia dari JunDisembe­r 2018.

Menurut Mohd Shukri, lantikan Ketua Pesuruhjay­a SPRM ketika ini dibuat Perdana Menteri yang mencadangk­an kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapat perkenan.

Beliau berkata pelantikan menerusi PSC yang disertai wakil rakyat daripada blok kerajaan dan pembangkan­g akan menjadikan individu yang dipilih dilihat lebih telus serta tidak cenderung kepada mana-mana pihak.

Mohd Shukri dalam pada itu berkata transforma­si yang sedang dilakukan SPRM akan menyaksika­n suruhanjay­a itu bakal mempunyai suruhanjay­a perkhidmat­annya sendiri.

Melalui cara itu, katanya SPRM bebas memilih dan melantik pegawai sendiri berdasarka­n keperluan bidang kerja suruhanjay­a berbanding lantikan yang dibuat melalui Jabatan Perkhidmat­an Awam dan Suruhanjay­a Perkhidmat­an Awam ketika ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia