Utusan Borneo (Sabah)

City Mall peroleh Sijil Akuan

-

KOTA KINABALU: Kompleks beli-belah City Mall kini menjadi pusat perniagaan kedua di negeri ini yang memperoleh Sijil Akuan selepas pemerintah­aan kerajaan baharu sejak Mei lepas.

Sejumlah 375 Sijil Akuan diserahkan kepada syarikat pemaju kompleks berkenaan dalam satu majlis di sini pada Khamis.

Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Datuk Safar Untong menyampaik­an kesemua sijil itu kepada Pengarah Pan Far Eastern Sdn Bhd Patrick Laui Hui Kii sambil disaksikan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Jimmy Wong.

Jimmy berkata, selepas pendaftara­n Sijil Akuan selesai, ia terpulang kepada pemilik kedai untuk membuat pengurusan perniagaan yang dijalankan di bangunan kompleks itu.

Katanya, pemilik juga boleh memilih pihak yang akan bertindak sebagai pemaju dalam mengurus, mengawal serta mengekalka­n pemilikan bersama.

“Pemilik adalah penerima utama dalam pembahagia­n (subdivisio­n) sijil berkenaan yang meletakkan mereka secara rasmi mendapat pemilikan penuh dan mempunyai hak bagi lot kedai masing-masing.

“Selepas ini, ada beberapa lagi permohonan daripada pemilik hartanah yang masih dalam proses dan diharap menjelang suku pertama 2019, mereka akan memperoleh Sijil Akuan yang dipohon,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut mengulangi, permohonan mendapatka­n pembahagia­n tanah adalah di bawah tanggungja­wab syarikat pemaju merangkumi kos dan perbelanja­an sendiri sebagaiman­a yang terkandung dalam Perjanjian Jual Beli.

Jim m y berkata, mengenakan caj kepada pembeli untuk perolehan Sijil Akuan adalah bertentang­an dengan undangunda­ng.

Selain itu, pihaknya menggesa para pemaju di negeri ini supaya lebih efisien dalam menyerahka­n Sijil Akuan kepada setiap pembeli.

Katanya, ada segelintir pemaju yang agak lambat dalam proses penyerahan sijil yang menimbulka­n banyak masalah kepada pembeli.

 ??  ?? JIMMY (empat dari kiri) menyaksika­n Safar (empat kanan) menyampaik­an Sijil Akuan kepada Patrick (tiga kiri) pada majlis itu.
JIMMY (empat dari kiri) menyaksika­n Safar (empat kanan) menyampaik­an Sijil Akuan kepada Patrick (tiga kiri) pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia