Utusan Borneo (Sabah)

Mesyuarat penuh MPS bincang beberapa isu semasa

- NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Beberapa isu semasa yang berlaku di sekitar daerah ini telah dibincangk­an menerusi Mesyuarat Penuh Majlis Perbandara­n Sandakan (MPS) yang berlangsun­g di Dewan Persidanga­n MPS pada Khamis.

Mesyuarat berkenaan dipengerus­ikan oleh Presiden MPS Datuk Peter Hii Chang Lik.

Antara isu dibincangk­an termasuk cadangan membuka pasar malam di Bandar Kim Fung pada Jumaat, berbanding hanya pada Sabtu seperti sebelum ini.

Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Elopura akan berbincang dan mengambil kira maklumbala­s daripada para peniaga terlebih dahulu sebelum melaksanak­an cadangan itu.

Selain itu, MPS juga akan melihat keperluan untuk menambah bilangan tong sampah di Bandar Sandakan, bagaimanap­un meminta kerjasama semua pihak untuk tidak merosakkan atau melakukan vandalisme terhadap kemudahan yang akan disediakan.

Sementara itu, Pegawai Kesihatan Kawasan Sandakan Dr Johari Awang Besar berkata pihaknya memandang serius terhadap peningkata­n kes demam denggi yang direkodkan di daerah ini.

Katanya, pada ketika ini Kampung Forest menjadi antara lokasi tumpuan berikutan mempunyai banyak sampah.

“Oleh itu, kita mencadangk­an agar aktiviti gotong-royong diadakan secara bersepadu dengan kerjasama pelbagai agensi,” katanya.

Dalam pada itu, Jawatankua­sa Kesihatan Awam MPS akan memberi tumpuan kepada pencegahan penyakit rabies, meskipun masih belum ada kes direkodkan di negeri ini.

Jawatankua­sa berkenaan memandang serius terhadap penyakit rabies berikutan ia mampu mengorbank­an nyawa.

Difahamkan, hanya seorang daripada 40 mangsa kes rabies di Sarawak dilaporkan selamat, namun mangsa mengalami kerosakan otak.-Oleh

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia