Utusan Borneo (Sabah)

SMK Labuan raih tiga Anugerah PIBK Labuan 2018

-

LABUAN: SMK Labuan meraih tiga Anugerah pada Majlis Apresiasi Penglibata­n Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK) peringkat Wilayah Persekutua­n Labuan 2018, baru-baru ini.

Tiga anugerah tersebut ialah Anugerah Ikon PIBK Dalam Pembanguna­n Kokurikulu­m Sekolah Menengah sekaligus menerima sijil dan plak.

SMK Labuan turut meraih Anugerah Pengurusan PIBG Cemerlang Sekolah Menengah dengan membawa pulang hadiah RM250, sijil dan plak.

Hadiah berupa trofi turut dibawa pulang SMK Labuan menerusi Anugerah Khas PIBK (Program PIBK Terbaik 2018).

Majlis tersebut yang diadakan di Hotel Tiara Labuan dirasmikan oleh Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Datuk Haji Isli.

Turut hadir Pengarah Jabatan Pendidikan WP Labuan, Raisin Saidin, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Maimoon Matnoh dan Ketua Sektor Pengurusan Akademik, Norismah Abd Moin.

Pengetua SMK Labuan, Ismail Abdullah berkata kemenangan ini adalah hasil daripada komitmen semua pihak sama ada guru, ibu bapa dan komuniti yang secara sukarela menyumbang kewangan dan tenaga menjayakan aktiviti-aktiviti sekolah.

Beliau berharap agar pengurusan PIBG dan aktiviti PIBK akan lebih terancang dan teratur.

“Pelan Strategik SMK Labuan 2019-2025 telah meletakkan Hubungan Komuniti sebagai Matlamat Strategik yang keempat. Ini akan memperkasa­kan pengurusan PIBG dan memantapka­n lagi aspek pelibatan komuniti ,” katanya.

Tambah Ismail, PIBG dan PIBK diyakini akan membawa impak besar kepada kemenjadia­n murid-murid SMK Labuan jika pelibatan ibu bapa dan komuniti lebih menyeluruh.

 ??  ?? DR
Chong Vui Hiong (dua kiri) menyampaik­an Anugerah Pengurusan PIBG Terbaik kepada Ismail, diperhatik­an Raisin dan Haji Md Yusof (YDP PIBG SMK Labuan) (kanan).
DR Chong Vui Hiong (dua kiri) menyampaik­an Anugerah Pengurusan PIBG Terbaik kepada Ismail, diperhatik­an Raisin dan Haji Md Yusof (YDP PIBG SMK Labuan) (kanan).
 ??  ?? RAISIN (kiri) menyampaik­an Anugerah Ikon PIBK Dalam Pembanguna­n Kokurikulu­m kepada Ismail sambil diperhatik­an Maimoon.
RAISIN (kiri) menyampaik­an Anugerah Ikon PIBK Dalam Pembanguna­n Kokurikulu­m kepada Ismail sambil diperhatik­an Maimoon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia