Utusan Borneo (Sabah)

SMK Labuan raih sembilan anugerah

Ungguli Malam Apresiasi PPM 2018

- YAP Melwin dan Yap Joewin bersama ibu bapa, Mohd Zin dan Hong Heng Chee.

LABUAN: SMK Labuan mengunggul­i Malam Apresiasi Persekutua­n Pengakap Malaysia (PPM) Wilayah Persekutua­n Labuan di Dewan Labuan Liberty Port Management (LLPM), baru-baru ini.

Majlis Apresiasi anjuran Persekutua­n Pengakap Malaysia WP Labuan itu diketuai Pengerusi Pengelola, Ismail Abdullah yang juga Naib Yang Dipertua 1, Majlis Pengakap Negeri WP Labuan.

Turut hadir Ketua Pesuruhjay­a Pengakap Negara Mej. Jen. Prof. Dato’ Haji Mohd Zin Bidin, Yang Dipertua Majlis Pengakap Negeri WP Labuan Dato’ Sri

KETUA Pesuruhjay­a Pengakap Negara, Mohd Zin menganuger­ahkan Pengakap Raja kepada Yap Joewin.

Haji Mohd Alias Abd Rahman dan Ketua Pesuruhjay­a Pengakap Negeri Labuan Hong Heng Chee.

Pada majlis itu, SMK Labuan mendapat sembilan anugerah iaitu Pengakap Raja dianugerah­kan kepada murid kembar Tingkatan 5 iaitu Yap Joewin dan Yap Melwin, Anugerah Kumpulan Pengakap Muda dan Remaja Terbaik, Anugerah Pemimpin Pengakap Muda Terbaik (Puan Atiqah Syahidah Abdul Rahman), Anugerah Ketua Troop Remaja Terbaik (Yap Joewin) dan Anugerah Ketua Patrol Terbaik (Amaneina Syahirah Abdul Rahman).

Empat lagi anugerah yang dimenangi SMK Labuan ialah Anugerah Pengakap Remaja Terbaik (Yap Melwin), Anugerah Pengakap Muda Terbaik (Nur Athirah Asmawi), Pingat Akademik (Yap Joewin dan Yap Melwin mendapat 10A dalam PT3 2016) dan Anugerah Ketua Pesuruhjay­a Pengakap Negara (Rambu Pengakap Muda) yang diwakili Amaneina Syahirah Abdul Rahman, Azwaliza Azman, Mohd Azizi Amidon dan Nur Athirah Asmawi.

Pengetua SMK Labuan, Ismail Abdullah berkata sekolah itu akan terus aktif dalam pergerakan pengakap, berazam untuk melahirkan dua orang lagi Pengakap Raja pada tahun 2019 dan tahuntahun berikutnya.

Beliau tidak lupa mengucapka­n terima kasih atas komitmen guru-guru dan ibu bapa yang sentiasa menyokong penglibata­n anakanak mereka dalam aktiviti pengakap yang jelas memberi faedah kepada pembentuka­n disiplin dan jati diri.

 ??  ??
 ??  ?? ISMAIL Abdullah (tengah) bersama Cikgu Atiqah Syahidah, Yap Melwin, Yap Joewin, Nur Athirah dan Amaneina Syahirah.
ISMAIL Abdullah (tengah) bersama Cikgu Atiqah Syahidah, Yap Melwin, Yap Joewin, Nur Athirah dan Amaneina Syahirah.
 ??  ?? ISMAIL Abdullah bersama Yap Joewin (kiri) dan Yap Melwin.
ISMAIL Abdullah bersama Yap Joewin (kiri) dan Yap Melwin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia