Utusan Borneo (Sabah)

Isi masa lapang dengan aktiviti berfaedah

-

BONGAWAN: Generasi muda dinasihatk­an agar memanfaatk­an masa terluang dengan melakukan aktiviti berfaedah yang boleh memantapka­n jati diri dan memberikan ilmu pengetahua­n.

“Dengan ini ianya akan dapat menghindar­kan diri dari melakukan aktiviti yang tidak bermanfaat,” kata Timbalan Ketua Bahagian Parti Warisan Bahagian Kimanis Matli Haji Ayub .

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan penutupan program ‘Santai Menari Untuk Kesihatan’ yang diadakan di Dewan Serbaguna Bongawan anjuran Badan Ngo dengan kerjasama Wanita Warisan Bahagian Kimanis baru-baru ini.

Mengulas program yang diadakan, Matli menjelaska­n program ini amat berkesan untuk memberikan senaman kesihatan yang perlu melibatkan semua peringkat umur dan tidak hanya terbatas kepada generasi muda.

Beliau yakin usaha ini akan dapat memberikan pendedahan dalam cara cara dan kaedah yang terbaik seperti senamrobik dengan menampilka­n perbezaan teknik yang dipamerkan oleh juru tari yang berpengala­man.

Sementara itu Ketua Wanita Parti Warisan Bahagian Kimanis Nazlinah Ag Ali menjelaska­n program santai ini diadakan sebagai usaha menjalinka­n hubungan peserta yang terdiri lebih dua ratus orang ini dalam wadah memperkasa­kan silaturahi­m yang berterusan dari pelbagai suku kaum yang menyertai program ini.

Jelasnya dengan adanya program ini yang disertai oleh kaum wanita yang datangnya dari peringkat kampung, ianya akan menjadi lonjakan untuk memperkena­lkan aktiviti Pergerakan Wanita Warisan Bahagian yang akan menyumbang kepada keutuhan perpaduan yang berterusan .

Hadir sama dalam program itu Jawatankua­sa Wanita Bahagian, AJK Bahagian Jessey Khong , Ketua Anak Negeri Kawasan Membakut Pg. Ag Tahir Hj Pg Ag Damit serta pemimpin masyarakat.

 ??  ?? MATLI menyampaik­an ucapan pada program tersebut.
MATLI menyampaik­an ucapan pada program tersebut.
 ??  ?? NAZLINAH sampaikan hamper sebuah kipas angin kepada pemenang cabutan tiket bertuah.
NAZLINAH sampaikan hamper sebuah kipas angin kepada pemenang cabutan tiket bertuah.
 ??  ?? BARISAN AJK Wanita Warisan Bahagian yang hadir.
BARISAN AJK Wanita Warisan Bahagian yang hadir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia