Utusan Borneo (Sabah)

Galak rakyat sertai askar wataniah

Kementeria­n Pertahanan rancang pelbagai program

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Pertahanan sedang merancang beberapa program untuk menggalakk­an rakyat pelbagai kaum di negara ini menyertai Askar Wataniah, kata Menterinya Mohamad Sabu.

“Bila ketiadaan PLKN (Program Latihan Khidmat Negara), kami nak galakkan rakyat menyertai Wataniah, kami sedang menyusun semula untuk kami buat pengumuman.

“Kalau boleh kami nak penyertaan daripada pelbagai kaum,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutup Kursus dan Penyampaia­n Diploma Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) Siri 38/2018 di sini, pada Jumaat.

Ketika diminta mengulas mengenai Kementeria­n Pertahanan menafikan laporan berhubung pengambila­n 75 belia berbangsa India yang dilatih Askar Wataniah, beliau berkata pihaknya akan melihat semula berhubung salah faham berkenaan dalam masa terdekat.

Pada Khamis, Pejabat Timbalan Menteri Pertahanan dalam satu kenyataan menafikan catatan di laman Facebook dan laporan sebuah surat khabar Tamil yang mengatakan kementeria­n itu telah bersetuju mengambil kesemua 75 orang belia berbangsa India yang dilatih Askar Wataniah, meskipun 60 orang daripada mereka tidak memenuhi kelayakan.

Kenyataan itu memaklumka­n kementeria­n tidak pernah memberi jaminan mengambil kesemua pemohon itu dalam pasukan Wataniah dan pihak Kementeria­n bersetuju untuk mengkaji semula permohonan itu supaya mereka yang memenuhi syarat kemasukan tetapi tercicir sebelum ini boleh dipertimba­ngkan semula.

Terdahulu, Mohamad menyampaik­an sijil kepada 45 pegawai tentera daripada ketigaketi­ga perkhidmat­an Angkatan Tentera Malaysia (ATM), pegawai Polis Diraja Malaysia, Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia, Pegawai Tadbir dan Diplomatik termasuk tujuh pegawai tentera daripada luar negara.

Majlis berkenaan turut menyaksika­n Komander Ahmad Sapuan Fathi Muhammad dipilih sebagai Penuntut Kursus Terbaik ATM manakala Leftenan Kolonel Sean Duffy Jonathan Galloway dan Komander Thaweesin Kongpraser­t masing-masing dipilih sebagai Penuntut Kursus Terbaik (bukan ATM) dan Penuntut Kertas Kajian Terbaik.

“Bila ketiadaan PLKN (Program Latihan Khidmat Negara), kami nak galakkan rakyat menyertai Wataniah, kami sedang menyusun semula untuk kami buat pengumuman. Kalau boleh kami nak penyertaan daripada ” pelbagai kaum. MOHAMAD SABU Menteri Pertahanan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia