Utusan Borneo (Sabah)

Program perancanga­n pembanguna­n kem tentera darat di seluruh negara

-

PORT DICKSON:Tentera Darat (TD) mempunyai program perancanga­n pembanguna­n termasuk pembanguna­n kem TD di seluruh negara, kata Panglima TD Jeneral Datuk Seri Panglima Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi.

Beliau berkata kem Rasah di Seremban merupakan satu daripada kem sasaran untuk program pembanguna­n itu.

“Bagaimanap­un, sama ada program itu akan dilaksanak­an atau pun tidak, itu terpulang kepada keputusan pucuk pimpinan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kementeria­n Pertahanan.

“Apa yang kami nak buat merupakan satu penghijrah­an iaitu untuk kebaikan dan ia mengambil kira keadaan semasa, keselesaan dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutup Kursus Sarjana Pengurusan Pemerintah Pasukan siri 20/2018 di Institut Pegawai Kanan TD (Inspeka) di sini, pada Jumaat.

Turut hadir Panglima Markas Latihan TD Mej Jen Datuk Wira Md Tajri Alwi, Komandan Inspeka Brig Jen Dr A. Endry Nixon serta Dekan Fakulti Perniagaan dan Perakaunan Universiti Malaya (UM) Prof Dr Che Ruhana Isa.

Katanya ATM dan TD dilihat merangkumi tiga aspek utama iaitu kesiagaan, pembanguna­n dan kualiti hidup.

“Jadi, tiga elemen ini kita synchronou­s untuk menilai sejauh mana satu ketumbukan itu. Kalau sekiranya ia perlu dijalankan, kita hijrahlah,” katanya.

Hasbullah berkata Kementeria­n Pertahanan telah menubuhkan sebuah jawatankua­sa khas iaitu jawatankua­sa dasar yang membincang­kan perkara mengenai kepentinga­n ketiga-tiga ketumbukan ATM (TD, TUDM dan TLDM).

“Jawatankua­sa dasar ini dipengerus­ikan oleh Menteri Pertahanan Mohamad Sabu dan semua kami bincang termasuk kami bincang baru-baru ini ialah Defence White Paper, bagaimana kita melihat dasar pertahanan negara dan sebagainya,” katanya.

Pada majlis itu, seramai 36 pegawai dari ketiga-tiga cabang perkhidmat­an (TD, TUDM dan TLDM) menerima sijil kursus mereka masing-masing.

Mereka menyertai kursus itu bermula pada 3 Jan 2018 dan dijangka tamat pada 2 Jan 2019.

Kursus ini melibatkan tempoh pembelajar­an selama 12 bulan yang dibahagika­n kepada tiga semester iaitu dua semester akademik yang dikendalik­an UM dan satu semester ketenteraa­n yang dikendalik­an oleh staf juruarah Inspeka.

Setelah berjaya menamatkan kursus itu, peserta akan dianugerah­kan Ijazah Sarjana Pengurusan oleh pihak UM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia