Utusan Borneo (Sabah)

Veteran ATM harus kekal relevan meskipun bersara

-

KUALA LUMPUR: Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) haruslah bersifat kekal relevan meskipun telah melangkah ke alam persaraan.

Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin berkata warga ATM perlu menjaga hubungan antara satu sama lain sebagai asas angkatan yang berkredibi­liti dan memelihara ukhuwah yang harmoni.

“Oleh itu, ATM amat mengalu-alukan penglibata­n seluruh veteran ATM untuk memberi pandangan dan idea terutamany­a dalam menentukan semangat dan etos kepahlawan­an seluruh warga agar terus berkobar-kobar demi memperkasa angkatan ini.

“Selain itu, ATM berharap semua warga veterannya akan menjadi mata dan telinga bukan sahaja daripada sudut keperluan kebajikan tetapi juga untuk menyalurka­n maklumat-maklumat penting akan isu keselamata­n negara agar langkah mitigasi yang proaktif dapat diambil,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaik­an ucapan pada Majlis Penganuger­ahan Pingat Jasa Malaysia Peringkat Negeri Selangor dan Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur di Wisma Perwira ATM, Jalan Padang Tembak di sini pada Jumaat.

Seramai 155 veteran ATM yang pernah berkhidmat dan berjuang menentang Parti Komunis Malaya (PKM) dan Parti Komunis Kalimantan Utara (PPKU) dari tahun 1969 hingga 1990 menerima Pingat Jasa Malaysia pada majlis itu.

Zulkifli berkata demi membina negara tercinta, pengkisaha­n sejarah wajar dikongsi secara berterusan agar generasi baharu tidak ketandusan inspirasi daripada sejarah perjuangan generasi terdahulu.

“Justeru itu, saya menyeru kepada tuan-tuan semua agar sentiasa sudi untuk terus berkongsi pengalaman tentang sejarah perjuangan yang telah dilalui, demi menegakkan syiar negara berdaulat kepada anak-anak muda generasi baharu kita,” katanya.

Zulkifli berkata pemilihan veteran-veteran ini merupakan simbolik pengiktira­fan Raja-raja Melayu dan kerajaan, serta nilai kenangan budi daripada perkhidmat­an atas lakaran sejarah pengorbana­n dalam menjunjung tinggi kewajipan sepanjang perkhidmat­an dalam ATM.

“Pingat yang disematkan pada hari ini adalah lambang yang mewakili pengorbana­n dan pengiktira­fan ini pasti menyemarak­kan lagi azam, semangat dan iltizam para veteran untuk terus memberikan sumbangan dan jasa bakti dalam lapangan lain,” katanya.-

 ??  ?? ZULKIFLI (tengah) bergambar bersama penerima anugerah pada Majlis Penganuger­ahan Pingat Jasa Malaysa kepada Veteran ATM Peringkat Negeri Selangor dan Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur di Wisma Perwira ATM.
ZULKIFLI (tengah) bergambar bersama penerima anugerah pada Majlis Penganuger­ahan Pingat Jasa Malaysa kepada Veteran ATM Peringkat Negeri Selangor dan Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur di Wisma Perwira ATM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia